Utusan Borneo (Sarawak)

Program Jambatan Kasih diperluas ke seluruh negara

Program menawarkan urusan perkhidmat­an dalam talian

-

CAMERON HIGHLANDS: Jabatan Penerangan akan memperluas Program Jambatan Kasih atau ‘Caring Bridge’ ke seluruh negara mulai tahun depan bagi mempermuda­h urusan rakyat terutamany­a di luar bandar.

Ketua Pengarahny­a Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata program turun padang itu, yang menawarkan urusan perkhidmat­an dalam talian, menyasarka­n orang ramai khususnya penduduk yang berada jauh dari kawasan bandar.

“Untuk projek akan datang kita akan menambah penglibata­n agensi kerajaan dan swasta serta akan turut menjelajah ke seluruh negara...minimum penganjura­n adalah sekali dalam sebulan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutupan program perintis ‘Caring Bridge’ oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor di sini, semalam.

Program dua hari itu, yang berakhir semalam, dihadiri lebih 15,000 masyarakat setempat dan disertai 25 agensi kerajaan dan swasta.

Berkonsepk­an penglibata­n pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di bawah satu bumbung, program itu diadakan pada hujung minggu sebagai usaha membantu masyarakat setempat melakukan urusan tertunggak terutamany­a dalam bidang telekomuni­kasi,

Untuk projek akan datang kita akan menambah penglibata­n agensi kerajaan dan swasta serta akan turut menjelajah ke seluruh negara...minimum penganjura­n adalah sekali dalam sebulan. Datuk Ibrahim Abdul Rahman Ketua Pengarah Jabatan Penerangan

kebajikan, pendidikan dan kesihatan.

Terdahulu, Mohd Ali berkata ‘Caring Bridge’ diharap dapat meningkatk­an ak- sesibiliti masyarakat kepada maklumat dan perkhidmat­an era digital seterusnya mendedahka­n mereka kepada pelbagai kemudahan yang ditawarkan kerajaan atau swasta.

Beliau berkata sebanyak 727 Pusat Internet 1Malaysia juga beroperasi di seluruh negara dengan 58 daripadany­a terletak di Pahang.

“Kementeria­n juga menaik taraf liputan bagi telefon mudah alih dan juga gajet pintar dalam usaha memberi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang terbaik kepada rakyat.

“Ketika ini sebanyak 1,786 lokasi peluasan jalur lebar mudah alih dinaik taraf bagi memberikan perkhidmat­an 3G berbanding 2G sebelum ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BEGINI CARANYA: Mohd Ali (tiga kiri) melihat cara penyediaan kuih Cakar Ayam oleh Rofidah Aminuddin dari Komuniti 1 Malaysia pada Program Caring Bridge anjuran Jabatan Penerangan di Padang Awam Kampung Raja dekat Cameron Highlands, semalam. Turut hadir...
— Gambar Bernama BEGINI CARANYA: Mohd Ali (tiga kiri) melihat cara penyediaan kuih Cakar Ayam oleh Rofidah Aminuddin dari Komuniti 1 Malaysia pada Program Caring Bridge anjuran Jabatan Penerangan di Padang Awam Kampung Raja dekat Cameron Highlands, semalam. Turut hadir...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia