Utusan Borneo (Sarawak)

FELCRA majukan tanah terbiar, pemilik akan peroleh dividen

-

KUALA TERENGGANU: Pemilik tanah terbiar berpeluang menikmati bonus dan dividen setiap tahun sekiranya tanah mereka diserahkan kepada Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n ( FELCRA) untuk dimajukan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pemilik digalakkan bekerjasam­a dengan FELCRA untuk mengusahak­an tanah itu daripada terbiar dan tidak diusahakan.

“Kita mahu menyeru orang ramai yang mempunyai tanah terbiar supaya serahkan tanah itu kepada FELCRA untuk dimajukan...serah bukannya beri tanah kepada FELCRA dan menjadi milik FELCRA tetapi FELCRA bantu usahakanny­a dengan tanaman.

“Kemudian, mereka (pemi- lik tanah) akan terima dividen dan bonus setiap tahun hasil daripada tanaman yang diusahakan. Mereka yang berminat boleh merujuk kepada pejabat FELCRA dekat kawasan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 50 Tahun Felcra Berhad Peringkat Wilayah Timur di sini, semalam.

Ahmad Jazlan berkata sejak penubuhan FELCRA 50 tahun lepas, FELCRA berjaya membangunk­an 260,000 hektar tanah di seluruh negara.

“Daripada 260,000 hektar itu, sebanyak 30,000 hektar dibangunka­n sendiri oleh FELCRA manakala selebihnya dimajukan oleh 110,420 peserta,” katanya.

Beliau juga meminta peserta menjual tanah kepada FELCRA dan bukannya pihak ketiga sekiranya enggan meneruskan lagi usaha mereka.

“Ini amat merugikan...sehingga kini sebanyak 13,000 ekar tanah dikenal pasti dijual kepada pihak ketiga,” katanya.

Ahmad Jazlan berkata sejak FELCRA diperbadan­kan pada 1997, sebanyak RM6.4 billion dividen telah diagihkan kepada semua peserta sehingga tahun lalu.

Tahun ini, katanya, FELCRA sasarkan dividen sebanyak RM230 juta dan RM82 juta telah dibayar pada Jun lepas manakala bakinya akan diagihkan pada Disember ini dan Mac tahun depan.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan berkata pihaknya juga berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumka­n kelulusan sebanyak RM100 juta bagi membangunk­an rumah generasi kedua FELCRA. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Ahmad Jazlan merasmikan Majlis Sambutan 50 Tahun Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA) Wilayah Timur, di Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Ahmad Jazlan merasmikan Majlis Sambutan 50 Tahun Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA) Wilayah Timur, di Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia