Utusan Borneo (Sarawak)

435 kertas siasatan berkaitan kes hasutan dibuka sejak 2010

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 435 kertas siasatan berkaitan kes hasutan yang menyentuh sensitivit­i perkauman, agama, institusi diraja dan pentadbira­n keadilan negara dibuka sejak 2010 hingga 14 Okt lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 55 kes melibatkan isu perkauman, agama (68), institusi diraja (60) dan pentadbira­n negara (65). Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti ( JPJKK) Polis Diraja Malaysia ( PDRM) Datuk Rusdi Ahmad berkata, sebanyak 11 lagi kes membabitka­n Sabah dan Sarawak keluar Malaysia manakala baki sebanyak 176 kes melibatkan lain-lain kategori.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucap tama pada forum Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Institut Debat dan Pengucapan Awam Malaysia (MIDP) di Universiti Malaya di sini, semalam.

Rusdi berkata PDRM juga memandang serius penyebaran maklumat tidak sahih yang diputarbel­itkan oleh segelintir individu melalui media sosial khususnya Facebook dan WhatsApp.

“Penyebaran maklumat palsu berupaya mengganggu gugat ketenteram­an awam, mengancam keselamata­n dan menjejaska­n keharmonia­m kaum selain mendatangk­an mudarat kepada perpaduan kaum,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an setiap individu supaya tidak melakukan perbuatan yang menjurus kepada menghasut, memfi tnah, mengaib atau menjejaska­n perpaduan masyarakat berbilang- bi- lang kaum dan agama di negara ini.

Menyentuh mengenai jenayah siber yang semakin meningkat di negara ini, Rusdi berkata dari Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 5,785 kes direkodkan dengan jumlah kerugian sebanyak RM119.7 juta.

“Dalam sudut ancaman siber, walaupun ia tidak semestinya ganas, namun ia membawa implikasi yang buruk secara meluas dalam masa yang amat singkat. Bagi membendung masalah ini, PDRM sentiasa berkolabor­atif dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia