Utusan Borneo (Sarawak)

Empat lelaki aktif samun di Timur Laut ditahan

-

GEORGE TOWN: Empat lelaki termasuk dua remaja aktif kegiatan samun di Daerah Timur Laut, di sini ditahan polis secara berasingan dalam Operasi Rentap sejak Jumaat hingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalath­rash Wahid berkata dalam serbuan di Sungai Nibong pada Jumaat, polis menahan seorang remaja lelaki berumur 18 tahun dipercayai aktif menjalanka­n kegiatan samun di kawasan itu sejak beberapa bulan lepas.

“Siasatan juga mendapati remaja itu terlibat dalam kes ragut membabitka­n seorang wanita dalam perjalanan pulang bekerja di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini baru-baru ini serta beberapa kes lain,” katanya di sini semalam.

Katanya polis turut merampas beberapa barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah remaja itu antaranya telefon bimbit serta pelbagai jenis beg dan sebuah motosikal yang digunakann­ya.

Mior Faridalath­rash berkata seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan di kawasan Datuk Keramat, di sini semalam dan polis merampas pelbagai barangan antaranya telefon bimbit dipercayai hasil kegiatan ragut sejak beberapa bulan lepas di kawasan Nibong Tebal.

“Susulan penahanan lelaki itu, polis turut merampas sebuah motosikal dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dan usaha mengesan seorang rakan subahatnya berusia 20-an giat dijalankan,” katanya.

Mior Faridalath­rash berkata selain itu, dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun ditahan di Jelutong kelmarin dan siasatan mendapati mereka terlibat kegiatan samun di sekitar daerah itu sejak awal tahun ini.

Katanya modus operandi dua lelaki itu ialah menyasarka­n golongan wanita yang bersendiri­an terutama waktu malam.

Keempat-empat lelaki itu kini direman untuk siasatan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia