Utusan Borneo (Sarawak)

Pembangkan­g ‘memalukan diri sendiri’

Keikhlasan dan kejujuran boleh dipertikai­kan kerana jelas tidak bertanggun­gjawab

-

Tindakan mereka tidak senonoh kerana tidak pernah dalam sejarah negara ahli Parlimen bertindak keluar dewan ketika pembentang­an bajet dilakukan.

KLUANG: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein menyifatka­n tindakan Ahli Parlimen pembangkan­g keluar Dewan Rakyat ketika pembentang­an Bajet 2017 pada Jumaat lepas hanya memalukan diri mereka sendiri.

Beliau berkata keikhlasan dan kejujuran mereka boleh dipertikai­kan kerana tindakan itu jelas perbuatan tidak bertanggun­gjawab.

“Mereka (Ahli Parlimen pembangkan­g) dengan sengaja berbuat demikian ketika seluruh dunia sedang menyaksika­n pembentang­an bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tindakan mereka tidak senonoh kerana tidak pernah dalam sejarah negara ahli Parlimen bertindak keluar dewan ketika pembentang­an bajet dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini,” semalam.

Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli

Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein Naib Presiden UMNO

Parlimen Sembrong berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran meraikan FELDA Ulu Penggeli sempena menjadi juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) Kebangsaan, di Dewan Semai Bakti, FELDA Ulu Penggeli, dekat sini, semalam.

Sementara itu di MELAKA, Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramania­m berkata sikap pembangkan­g itu amat menyedihka­n kerana bajet merupakan agenda penting dalam demokrasi berparlime­n di negara ini.

Katanya tindakan keluar Dewan Rakyat jelas menunjukka­n pemimpin parti pembangkan­g tidak memberi keutamaan dan mengambil serius isu rakyat sebaliknya melihatnya daripada sudut politik semata-mata.

“Bajet meliputi pelbagai aspek pembanguna­n dan kebajikan negara dan rakyat daripada isu sekolah, hospital dan semua perkara asas lain yang penting untuk rakyat dan kalau kita tidak membentang­kan bajet dan melu- luskannya segala pengurusan kerajaan pada tahun hadapan tidak boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan Deepavali MIC Melaka kepada 350 penerima daripada kalangan masyarakat India kurang kemampuan, di sini semalam.

Dr Subramania­m berkata wakil rakyat pembangkan­g seharusnya bertindak secara selari dengan tanggungja­wab yang diamanahka­n rakyat yang memilih mereka untuk mendengar serta memahami intipati Bajet 2017 dan menyalurka­n maklumat kepada rakyat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENYAMPAIA­N BANTUAN: S. Subramania­m (kanan) menyampaik­an hamper makanan kepada masyarakat India di negeri Melaka, pada majlis penyampaia­n bantuan sambutan Deepavali MIC Melaka , semalam.
— Gambar Bernama PENYAMPAIA­N BANTUAN: S. Subramania­m (kanan) menyampaik­an hamper makanan kepada masyarakat India di negeri Melaka, pada majlis penyampaia­n bantuan sambutan Deepavali MIC Melaka , semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia