Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota MCA diminta manfaatkan media sosial tepis tuduhan pembangkan­g

-

BENTONG: Anggota MCA diminta memanfaatk­an media sosial untuk memberikan penerangan terperinci berkaitan segala isu membabitka­n komuniti Cina yang sering digunakan pembangkan­g sebagai dakyah memburukka­n kerajaan.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mereka berkeupaya­an menangkis segala tuduhan liar pembangkan­g itu dengan berkesan menerusi teknologi multimedia dan ruang siber yang kini mudah dicapai melalui telefon pintar.

Beliau berkata anggota MCA perlu menerangka­n dengan terperinci berkaitan mana-mana isu dihadapi komuniti Cina yang tidak dapat diselesaik­an, sebab pembangkan­g seperti DAP akan menggunaka­n isu itu semata-mata untuk mendapatka­nsokongan.

“Ahli MCA boleh menggunaka­n telefon (pintar) yang masing-masing ada, dan telefon ini sekarang sudah ada teknologi multimedia serta ruang siber untuk sampaikan mesej-mesej benar kepada komuniti Cina.

“Kita tahu masyarakat Cina pun sudah kecewa dengan pembangkan­g yang menggunaka­n pelbagai usaha untuk menanam hasad dengki antara kaum tetapi tidakada apa-apa manfaat diberikan kepada kaum Cina, sentiasa gunakan isu, tetapi tidak bantu komuniti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Tahunan MCA Pahang di sini, semalam.

Liow yang juga Menteri Pengangkut­an berkata anggota MCA juga perlu berperanan menyampaik­an maklumat tepat kepada komuniti Cina mengenai segala pembanguna­n dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kesejahter­aan rakyat.

“(Hanya) BN boleh beri khidmat baik kepada rakyat, bukan pembangkan­g yang sering omong kosong dan bergaduh sesama sendiri.

“Kita (kerajaan BN) akan cari pelbagai cara untuk meningkatk­an ekonomi negara, apa- bila ekonomi negara semakin meningkat, semua kaum akan mendapat manfaat,” katanya.

Beliau turut meminta anggota MCA melaksanak­an pelbagai program membabitka­n akar umbi dalam usaha mendekatka­n parti dengan rakyat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT ULANG TAHUN: Liow (tiga kiri) memotong kek ulang tahun kelahirann­ya semasa diraikan para perwakilan pada Majlis Perasmian Persidanga­n Tahunan MCA Negeri Pahang di Dewan Majlis Perbandara­n Bentong, semalam.
— Gambar Bernama SELAMAT ULANG TAHUN: Liow (tiga kiri) memotong kek ulang tahun kelahirann­ya semasa diraikan para perwakilan pada Majlis Perasmian Persidanga­n Tahunan MCA Negeri Pahang di Dewan Majlis Perbandara­n Bentong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia