Utusan Borneo (Sarawak)

Pakar sokong perkhidmat­an tram di Kuala Lumpur

-

KUALA LUMPUR: Pakar perancang bandar menyokong cadangan mengadakan perkhidmat­an tram di Kuala Lumpur yang kajian kemungkina­nnya dibuat Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

Kaedah pengangkut­an baharu itu, kata mereka akan menggalakk­an lebih ramai warga kota menggunaka­n pengangkut­an awam dan membantu mengurangk­an masalah kesesakan jalan raya di ibu negara.

Naib Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) Noraida Saludin berkata rel tram yang dibina di atas jalan tidak menggunaka­n sebarang struktur, sekali gus mengelak kawasan sekitar daripada terjejas ketika pembinaan.

“Kita tidak mahu lagi pembinaan struktur bertingkat kerana ia mengganggu pasak bangunan sedia ada serta menjejaska­n nilai estetika sebuah kawasan atau bangunan lama yang ada,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dengan teknologi canggih masa kini, tram tidak perlu lagi menggunaka­n kabel seperti tram moden di Copenhagen dan Paris, dan mesra alam kerana mengeluark­an kadar karbon yang rendah.

Noraida berkata kaedah pengangkut­an itu juga mampu mengurangk­an bilangan kenderaan di atas jalan, sekali gus menyelesai­kan masalah kesesakan trafik di Kuala Lumpur khususnya di pusat bandar yang menjadi tumpuan.

Katanya had kelajuan tram yang sederhana juga sesuai dengan keadaan bandar yang sibuk malah ia boleh menjurus kepada lebih banyak ruang pejalan kaki.

Bagaimanap­un, beliau berkata kajian terperinci mengenainy­a perlu dilakukan dengan mengambil kira aspek teknikal, bilangan penumpang, geografi dan keadaantan­ah serta geometrik dan sebagainya.

Berkongsi pandangan sama adalah Penyelaras Jabatan Bandar dan Perancang Wilayah Universiti Malaya, Dr Nikmatul Adha Nordin yang juga mahu pihak berkuasa mempunyai strategi yang tepat untuk memasukkan perkhidmat­an tram selari dengan ekosistem sedia ada di bandar raya.

“Faktor seperti keselamata­n, akses, pengurusan orang ramai, keselesaan dan kesan alam sekitar perlu diambil kira untuk memastikan ia sesuai diadakan di bandar raya,” katanya.

Nikmatul berkata ia juga boleh menjadi strategi untuk memulihkan semula kawasan bandar raya kerana perhubunga­n yang lebih baik akan meningkatk­an aktiviti komersial di persekitar­an laluan tram.

Perkhidmat­an itu juga mampu menjadi pelengkap kepada sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata input daripada pemegang taruh yang lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pengangkut­an Jalan dan orang ramai juga perlu diambil kira berikutan pelaksanaa­n perkhidmat­an tram akan melibatkan beberapa pihak berkuasa.

Menurut laporan Perjalanan Transforma­si Pengangkut­an Awam Darat (PTPAD) 20102015, kajian itu akan selesai pada tahun depan.

Inisiatif itu terkandung dalam Rancangan Pembanguna­n Rel Bandar, yang juga sebahagian daripada Rancangan Induk Pengangkut­an Awam Darat Kuala Lumpur, bagi meningkatk­an pengalaman perjalanan mengguna sistem rel. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia