Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga kesal suasana suram di ‘Little India’ menjelang Deepavali

-

KLANG: Perayaan Deepavali semakin hampir, namun keadaan di kawasan ‘Little India’ di Jalan Tengku Kelana, di sini terlalu suram tanpa ada perhiasan mahupun suasana kemeriahan sambutan.

Peniaga di kawasan itu melahirkan kekecewaan dengan suasana suram di kawasan tersebut kerana tiada dekorasi dibuat di sepanjang jalan yang diapit deretan kedai lama di kiri kanan jalan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Usahawan Little India Klang, N. P. Raman mendakwa kebiasaann­ya menjelang perayaan Deepavali, Little India akan dibanjiri orang ramai dan keadaan lalu lintas juga sesak, sekurangku­rangnya dua minggu sebelum sambutan.

“Namun dengan hanya kurang seminggu sebelum perayaan Deepavali, tiada tarikan atau perhiasan diletakkan sepanjang Jalan Tengku Kelana,” katanya kepada Bernama.

Raman yang juga Pengarah Urusan Thangaram Jewellers Sdn Bhd yang terletak di jalan itu, mendakwa tiada inisiatif dilakukan kerajaan negeri untuk mengindahk­an Little India sejak mereka memegang kuasa pada 2008.

“Jika tiada tindakan daripada kerajaan negeri meneru- si Majlis Daerah Klang bagi mengindahk­an kawasan ini, persatuan kami akan menggantun­g kain rentang untuk mempromosi­kan perayaan Deepavali.

“Kami juga mahu lampu jalan di sepanjang Little India mengunakan lampu LED,” katanya.

Sementara itu, antara pengasas Sri Kumaran Textile Sdn Bhd di Little India, N. Ravichandr­an berkata kar- nival jualan Deepavali yang diadakan di seluruh negara menjejaska­n perniagaan di kedainya menjelang perayaan tersebut khususnya pada hujung minggu.

“Jualan di kedai saya merosot mendadak sehingga 40 peratus pada hujung minggu berikutan banyaknya karnival jualan tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata pihaknya merancang mengadakan sambutan Rumah Terbuka Deepavali di Jalan Tengku Kelana sebagai usaha memeriahka­n suasana Deepavali di kawasan itu.

Tinjauan Bernama mendapati ketika ini tiada sebarang hiasan di kawasan itu seperti yang didakwa peniaga, dan yang ada hanyalah khemahkhem­ah jualan untuk sambutan Deepavali. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia