Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda MCA adakan dialog bincang input TN50

-

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA perlu mengadakan dialog dengan belia seluruh negara bagi mendapatka­n input lebih mendalam mengenai Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata TN50 akan menjadi topik penting yang perlu diberi tumpuan oleh Pemuda MCA dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini.

“Saya telah beri saranan kepada mereka untuk terus adakan dialog berhubung TN50...( dalam) 30 tahun akan datang apa yang kita akan lihat, apa yang kita nak tuju, sasaran, dan apakah matlamat perjuangan negara kita menjelang 2050,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA Selangor Ke47 di sini, semalam.

Liow berkata MCA menyokong penuh cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan TN50 yang dianggap sebagai inisiatif penting buat masa depan negara.

Semasa membentang­kan Bajet 2017 pada Jumaat, Najib berkata kerajaan akan menggerakk­an siri wacana nasional ke arah membentuk Transforma­si Nasional 2050, yang kemudian dijenamaka­n sebagai TN50, dengan agenda itu menjangkau proses dan gerak kerja selama tiga dekad bagi memeta hala tuju negara yang baharu.

Mengenai perhimpuna­n agung tahunan MCA pada November ini, Liow berkata beliau akan mencadangk­an pindaan untuk membolehka­n anggota perwakilan bahagian mengundi kepimpinan pusat berbanding sistem sekarang di mana hanya anggota perwakilan pusat sahaja yang boleh mengundi.

Sementara itu, Liow menyatakan sokonganny­a terhadap agenda Pemuda MCA Selangor untuk menubuhkan kelab penyokong MCA bagi meningkatk­an sokongan pemuda pelbagai kaum terhadap parti berkenaan.

Beliau berkata dengan adanya kelab penyokong itu, Pemuda MCA sebagai sayap dan barisan hadapan parti mampu berinterak­si dengan pemuda pelbagai kaum dalam menyokong perjuangan parti untuk pembanguna­n semua kaum di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia