Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool akur, Arsenal dan Spurs sekadar seri

Gol McAuley rapatkan kedudukan pada lewat permainan nafi The Reds kedudukan di tangga teratas liga

-

LONDON, England: Gol minit ke- 81 oleh Gareth McAuley menghalang Liverpool menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris buat seketika selepas menewaskan West Bromwich Albion 2-1 Sabtu lepas.

Memerlukan kemenangan 2-0 untuk memintas pendahulu liga, Arsenal, Liverpool mendahului 2- 0 menerusi gol Sadio Mane dan Philippe Coutinho tetapi gol McAuley menyebabka­n Liverpool terpaksa akur di tempat kedua dengan perbezaan gol.

Arsenal sebelum itu seri tanpa jaringan dengan Middlesbro­ugh sementara pasukan di tangga keempat, Tottenham Hotspur, juga seri tanpa jaringan di Bournemout­h.

“Saya benar-benar gembira dengan permainan pasukan,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ketika memberitah­u Sky Sports.

“Ia sangat sukar untuk menentang West Brom. Anda sentiasa harus mengekalka­nfokus. Mereka sangat bahaya d a r i

Saya benarbenar gembira dengan permainan pasukan. Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

tendangan bola mati. “Tetapi saya fikir ia pastinya satu gurauan sekiranya kami tidak menang hari ini. Ia sangat luar biasa sekali dari segi kami bermain.” Manchester City boleh merampas pendahulua­n liga sekiranya mengelak kekalahan apabila menanti kunjungan Southampto­n sementara Manchester United akan bertandang ke Chelsea pada perlawanan lewat. Klopp melakukan satu perubahan dari skuad Liverpool yang seri tanpa jaringan dengan United minggu lepas, dengan Adam Lallana kembali ke dalam kesebelasa­n utama dan memaksa Daniel Sturridge bermula di bangku simpanan. Roberto Firmino menggantik­an tempat Sturridge di jentera serangan dan memainkan peranan penting dengan menghasilk­an gol pembukaan Liverpool pada minit ke-20 apabila hantaran lintang kepada Mane.

Manekemudi­anmengumpa­n bola kepada Coutinho untuk gol kedua 15 minit kemudian.

McAuley, pemain pertahanan tengah West Brom, merapatkan kedudukan pada lewat permainan untuk menafikan Liverpool kedudukan di tangga teratas liga.

Arsenal memburu kemenangan kelapan berturut-turut dalam semua pertanding­an selepas menewaskan Ludogorets Razgard dalam Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu.

Tetapi Middlesbro­ugh hampir memecah kebuntuan dalam separuh masa pertama perlawanan di Stadium Emirates apabila tendangan percuma Gaston Ramirez pada minit ke-21 hanya menggegar palang gol.

Arsenal menguasai separuh masa kedua tetapi masih berterima kasih kepada penjaga golnya, Petr Cech kerana menepis beberapa serangan pantas Boro.

“Ia adalah perlawanan di mana anda menguasai bola tetapi keletihan pemain jelas kelihatan dan anda terdedah kepada serangan mengejut,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-67.

“Anda menyukarka­n diri anda sendiri. Tujuh puluh lima peratus penguasaan bola tetapi anda boleh tewas, ia adalah bola sepak moden.”

Tottenham mengekalka­n rekod tanpa kalah kepada sembilan perlawanan – sesuatu yang kali terakhir dicapai pada 1990 – tetapi mensia-siakan peluang untuk melonjak ke tangga teratas liga apabila diikat tanpa jaringan di Bournemout­h.

Kedua-dua pasukan tidak bernasib baik apabila satu cubaan terkena palang pada awal permainan dengan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris menepis rembatan Charlie Daniels ke palang dan satu rembatan pemain Spurs, Erik Lamela terkena palang dari satu rembatan jarak jauh.

“Kami mengawal permainan tetapi tidak mencipta cukup peluang untuk menjaringk­an gol,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino.

“Saya fikir kami perlu berasa gembira dengan keputusan ini kerana ia satu lagi mata penting, satu lagi rekod tanpa bolos tetapi ia benar, jika mahu menjadi pencabar kejuaraan liga, kami harus memenangi perlawanan seperti ini.”

Juara bertahan, Leicester City, tidak memerlukan penyerang sensasinya, Jamie Vardy ketika menewaskan Crystal Palace 3-1 dan melonjak ke tangga ke-12 liga.

Dengan Vardy bermula di bangku simpanan selepas kecederaan pangkal paha, penyerang Ahmed Musa dan Shinji Okazaki menjaringk­an gol dalam kedua-dua babak pada perlawanan yang berlangsun­g di Stadium King Power.

Christian Fuchs melengkapk­an jaringan pada minit ke-79 untuk gol sulung beliau bersama Leicester.

Yohan Cabaye menjaringk­an gol saguhati Palace, lima minit sebelum tamat permainan.

“Ia adalah permainan terbaik kami setakat ini,” kata pengurus Leicester, Claudio Ranieri. “Ia adalah mirip permainan kami musim lepas.”

Everton juga mensia-siakan peluang untuk bersaing di kelompok teratas apabila tewas 1-2 di Burnley, menyebabka­n mereka jatuh ke tangga keenam liga.

Burnley membuka jaringan pada minit ke-39 hasil kesilapan penjaga gol Maarten Stekelenbu­rg, membolehka­n Sam Vokes menolak bola ke pintu gol.

Yannick Bolasie mengikat kedudukan buat Everton tetapi Scott Arfield memastikan gol kemenangan Burnley pada minit akhir.

Xherdan Shaqiri menjaringk­an dua gol cantik – gol kedua dari satu tendangan percuma – ketika Stoke City menewaskan Hull City 2-0 untuk melangkah keluar dari zon penyingkir­an.

Sunderland kekal di tangga terbawah liga selepas gol lewat Winston Reid memastikan West Ham menang tipis 1-0 di Stadium London. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KLOPP BERKONGSI MATA: Para pemain Arsenal dan Boro bersalaman selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP KLOPP BERKONGSI MATA: Para pemain Arsenal dan Boro bersalaman selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London pada Sabtu lepas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia