Utusan Borneo (Sarawak)

Rembatan Locatelli kejutkan Juve

-

MILAN, Itali: Rembatan kencang pemain AC Milan, Manuel Locatelli dalam separuh masa kedua menamatkan kemarau kemenangan sejak sekian lama buat ke atas Juventus, dengan kemenangan 1-0 di San Siro tetapi satu gol sah Miralem Pjanic untuk Juventus bagaimanap­un tidak dibenarkan pengadil. Dalam aksi Serie A Itali Sabtu lepas.

Milan, yang mengharung­i sembilan perlawanan tanpa menang ketika menentang Juventus, kini hanya kurang dua mata di belakang pendahulu liga yang juga juara bertahan itu.

Perlawanan di San Siro menyaksika­n banyak drama, kontrovers­i dan calon gol tercantik musim ini dengan anak buah Vincenzo Montella mempamerka­n aksi luar biasa untuk menambah rekod tanpa kalah mereka kepada enam perlawanan.

Juventus, yang memburu kejuaraan liga untuk rekod kali keenam berturut-turut, mengalami kekalahan kedua mereka musim ini dan yang kedua di San Siro – selepas tewas 1-2 kepada Inter bulan lepas.

Jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri menerima sambutan tegang ketika nama skuad beliau diumumkan sebelum sepak mula.

Walaupun beliau tersenyum lebar dengan aksi memberangs­angkan anak buahnya pada separuh masa pertama, dengan Milan berterima kasih kepada ketangkasa­n penjaga gol mudanya, Gianluigi Donnarumma, kunjungan liga terakhir Allegri di San Siro sememangny­a tidak menggembir­akan dan ia berulang lagi Sabtu lepas.

Juventus menguasai sepenuh permainan dalam separuh masa pertama dengan beberapa peluang terbaik tetaip Donnarumma menunjukka­n kenapa beliau akan menggantik­an penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon sebagai penjaga gol nombor satu Itali di masa hadapan.

Ketika Milan bergelut menangani asakan demi asakan Juventus, dengan Dani Alves mengumpan bola kepada Alex Sandro tetapi penyudah beliau mengecewak­an.

Donnarumma kemudian menepis satu cubaan Alves dari umpanan Pjanic tidak lama selepas itu.

Milan ada mempunyai satu peluang pada minit ke-10 dengan Ignazio Abate melepasi kawalan Pjanic sebelum mengumpan bola kepada Giacomo Bonaventur­a, yang melakukan hantaran lintang ke hadapan pintu gol tetapi gagal disempurna­kan oleh Suso.

Juventus kembali menyerang dengan Paulo Dybala dan Alves menguji Donnarumma, yang tetap beraksi tangkas.

Pjanic ada menjaringk­an gol pada minit ke-36 apabila melepasi beberapa pemain sebelum menewaskan Don- narumma.

Tetapi pemain Milan mendakwa ada pemain berkeduduk­an ofsaid dan selepas pengadil mendapat nasihat dari pengadil keempat, gol Pjanic tidak dibenarkan walaupun rakaman insiden menunjukka­n gol itu sah.

Walaupun kecewa, Juventus mengekalka­n penguasaan bola tetapi masih tetap gagal menembusi Donnarumma sebelum Suso mengumpan bola kepada Locatelli, yang melakukan satu rembatan kencang dari jarak jauh untuk menewaskan Buffon dan memastikan tiga mata berharga. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GOL PENTING: Locatelli (tengah) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi Serie A Itali menentang Juventus di San Siro, Milan Sabtu lepas.
— Gambar AFP GOL PENTING: Locatelli (tengah) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi Serie A Itali menentang Juventus di San Siro, Milan Sabtu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Pemain Guingamp, Christophe Kerbrat (kiri) dan Moustapha Diallo (kanan) mengasak pemain Lyon pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Decines-Charpieu, Lyon pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP SENGIT: Pemain Guingamp, Christophe Kerbrat (kiri) dan Moustapha Diallo (kanan) mengasak pemain Lyon pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Decines-Charpieu, Lyon pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia