Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi hambar Lyon membimbang­kan

-

PARIS, Perancis: Prestasi buruk Lyon semakin membimbang­kan Sabtu lepas apabila tewas 1-3 kepada Guingamp di tempat sendiri walaupun penjaring terbanyakn­ya, Alexandre Lacazette meletakkan pasukan di hadapan pada perlawanan di Parc OL.

Lacazette membuka jaringan untuk gol liga yang ketujuh beliau musim ini dari satu tendangan penalti tetapi Guingamp bangkit bergaya dengan dua gol dalam masa tujuh minit pertama selepas rehat menerusi gol Yannis Salibur dan Marcus Coco.

Coco melengkapk­an jaringan pada lewat permainan untuk memberikan kekalahan kelima dari enam perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an buat Lyon.

Apa yang menariknya, ia adalah kali pertama dalam tempoh 35 tahun di mana mereka tewas satu perlawanan liga di tempat sendiri selepas mendahului pada masa rehat.

Ia juga kekalahan kelima dalam 10 perlawanan liga buat skuad kendalian Bruno Genesio, dan kekal 10 mata di belakang pendahulu liga, Nice, yang bermain lewat menentang Metz.

Guingamp melonjak ke tangga kelima dengan kemenangan itu.

Permulaan yang buruk buat Lyon memusnahka­n pencapaian cemerlang pada akhir musim lepas dan tekanan kini kembali ke atas Genesio.

“Ia sangat mengecewak­an kerana kami tewas buat kali kedua di tempat sendiri musim ini,” kata Genesio.

“Kami mempamerka­n dua aksi berbeza, separuh masa pertama agak bagus tetapi separuh masa kedua begitu buruk sekali. Ia satu jelas seperti sebuah pasukan dalam situasi sukar dan meragui kemampuan diri mereka sendiri.”

Lyon membuka jaringan pada minit ke- 37 apabila Lacazette menyempurn­akan satu tendangan penalti selepas Maxime Gonalons dikasari dalam kotak penalti.

Ia adalah gol liga yang pertama buat Lacazette sejak bulan Ogos.

Bagaimanap­un, Lyon harus menyalahka­n diri mereka sendiri kerana pertahanan yang rapuh dalam separuh masa kedua.

Guingamp mengikat kedudukan apabila Jimmy Briand merampas bola dari Mouctar Diakhaby dalam kotak penalti sebelum mengumpan kepada Salibur untuk menjaringk­an gol.

Guingamp mendahului kedudukan buat kali pertama pada minit ke-52 apabila satu lagi kesilapan pemain Lyon membolehka­n Briand merampas bola dan mengumpan kepada Coco untuk melakukan penyudah.

Lyon dinafikan satu tendangan penalti selepas Lacazette terjatuh ketika diasak oleh Jordan Ikoko dan pemain gantian Lyon, Mathieu Valbuena juga terpaksa dikeluarka­n dalam masa yang singkat selepas mengalami kecederaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia