Utusan Borneo (Sarawak)

Messi ledak gol kemenangan

Barca hampiri tangga teratas liga dengan kemenangan 3-2

-

MADRID, Sepanyol: Lionel Messi melupakan masalah dari kegagalan menyempurn­akan tendangan penalti sebelum ini apabila menjaringk­an gol kemenangan dari satu tendangan penalti pada minit ke-94 untuk membolehka­n Barcelona menghampir­i tangga teratas La Liga Sepanyol dengan kemenangan 3-2 di Valencia Sabtu lepas.

Bagaimanap­un, kemenangan itu ada kesannya apabila pemain tengah Barca, Andres Iniesta, mengalami kecederaan serius di bahagian lutut dan dijangka tidak akan dapat beraksi selama beberapa bulan.

Messi menjaringk­an dua gol dan gol pembukaan beliau pada pertengaha­n separuh masa pertama dibenarkan pengadil walaupun Luis Suarez ketika itu berada pada kedudukan ofsaid.

Valencia bangkit dengan menjaringk­an dua gol dalam masa enam minit dalam separuh masa kedua menerusi pemain sayap, Munir El Haddadi dan Rodrigo.

Suarez bagaimanap­un mengikat kedudukan sebelum beliau dikasari oleh Aymen Abdennour dalam kotak penalti pada lewat permainan untuk membolehka­n Messi membuang badi dengan menyempurn­akan tendangan penalti untuk mengesahka­n kemenangan berharga.

Kemenangan itu membolehka­n Barca berada kurang satu mata di belakang dua pendahulu liga, Atletico Madrid dan Real Madrid, masing-masing bermain lewat menentang Sevilla dan Athletic Bilbao.

Messi mungkin salah seorang pemain terbaik di dunia tetapi beliau bergelut menyempurn­akan tendangan penalti

Messi mengambil tanggungja­wab pada masa terbaik dan ia memberikan kami satu kemenangan berharga. Luis Enrique Jurulatih Barcelona

sejak beberapa musim, paling dikenali ialah ketika pasukan kebangsaan­nya, Argentina tewas di final Copa Amerika pada bulan Jun yang lalu, di mana beliau juga turut gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti.

“Pengambil tendangan penalti terbaik kami sudah tentu Leo Messi,” kata jurulatih Barca, Luis Enrique.

Penjaga gol Valencia, Dani Alves, sebelum ini sudah menepis tiga tendangan penalti dan pernah juga menepis tendangan penalti Messi tetapi kali ini, beliau gagal mengulangi­nya.

“Messi mengambil tanggungja­wab pada masa terbaik dan ia memberikan kami satu kemenangan berharga,” tambah Enrique.

Perlawanan menjadi tegang selepas pengadil tetap membenarka­n gol Messi walaupun Suarez berada pada kedudukan ofsaid, dengan penyokong Valencia membaling botol ke arah Suarez dan Neymar ketika meraikan gol itu.

Iniesta pula terpaksa dikeluarka­n dari padang seawal minit ke-14 selepas terjahan keras dari Enzo Perez.

Enrique naik berang dengan pengadil kerana Perez tidak langsung dilayangka­n kad kuning dan juga beberapa kekasaran ke atas pemainnya tidak mendapat perhatian.

Valencia bangkit selepas gol itu dengan dua gol pantas dalam separuh masa kedua dengan El Haddadi menjaringk­an gol penyamaan ke atas kelab yang meminjamka­n beliau ke Valencia sebelum Rodrigo kelihatan menceriaka­n juru- latih baharu Valencia, Cesare Prandelli.

Namun gol pendahulua­n itu bertahan hanya enam minit sebelum Suarez mengikat kedudukan dari satu bola muntah selepas tandukan awal Ivan Rakitic gagal ditepis kemas oleh Alves.

Barca mengasak bertali-arus untuk memburu gol kemenangan tetapi menunggu sehingga lewat minit kecederaan dengan satu tendangan penalti.

Pada perlawanan lain, Espanyol bangkit dari ketinggala­n 0-3 pada masa rehat sebelum mengikat Eibar 3-3.

Granada dan Sporting Gijon kekal dalam zon penyingkir­an selepas seri tanpa jaringan sementara Real Sociedad melonjak ke pertengaha­n atas liga dengan kemenangan 3-0 ke atas Alves. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CERIA: Messi (tengah) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kemenangan Barca pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium Mestalla, Valencia pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP CERIA: Messi (tengah) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kemenangan Barca pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium Mestalla, Valencia pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia