Utusan Borneo (Sarawak)

Miri Marathon 2017 pada 19 Mac tahun hadapan

-

MIRI: Miri Marathon 2017 sejauh 42km akan diadakan pada 19 Mac tahun hadapan dianjurkan oleh Persatuan Marathon Miri (MMA).

Pengarah perlumbaan, James Ling memberitah­u sudah tiba masanya Miri menjadi tuah rumah acara larian itu selain peluang terbaik mempromosi Miri kepada atlet-atlet marathon dalam dan luar negara.

“Miri memiliki lokasi strategik aktiviti larian jarak jauh dengan pemandanga­n indah sepanjang laluan. Kita akan bawa peserta merentasi kawasan pusat bandar raya, pesisir pantai, kampung termasuk kawasan kawasan menarik di sini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini, James berkata seramai 5,000 pelari tempatan dan asing disasarkan terlibat dalam aktiviti julung kali itu.

Menurutnya, sekarang pihaknya sedang membangun laman sesawang rasmi persatuan serta mereka logo acara dan pingat.

Beliau memberitah­u, larian tersebut bagi meningkatk­an kesedaran kesihatan kalangan masyarakat dan mencari potensi baharu golongan belia dalam sukan larian.

Selain marathon penuh, peserta boleh terlibat dalam acara ‘half marathon’ sejauh 21km, larian 10km dan larian 5km.

Peserta untuk larian penuh marathon ialah pada jam 2 pagi, ‘half marathon’ jam 5 pagi, 10km jam 6 pagi dan 5km jam 7 pagi.

Pertanding­an terbahagi kepada kategori lelaki, wanita dan veteran. Hadiah keseluruha­n bernilai RM58,500 ditawarkan kepada pemenang.

Pada tahun lalu, sebanyak lapan acara dianjurkan iaitu Miri Beach Run, Miri Sibuti Balloon Charity Run, Larian Bersama Bomba, Miri City Day Run, 916 Hari Malaysia Night Run, Dynasty Charity Run dan 1010 Hari Sukan Negara.

Setiap larian melibatkan jarak 10km disertai 500 hingga 2,000 orang. Bagaimanap­un, untuk acara Imperial Run pada Mac lalu berjaya menarik penyertaan bukan sahaja dari Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak juga peserta dari Brunei, Singapura, Jerman, Afrika Selatan, United Kingdom, Amerika Syarikat serta 10 pelari Kenya.

“Sehingga September lalu, sebanyak lapan acara larian dianjurkan dan kita yakin acara larian tahun ini berganda kerana akan ada lapan acara pada Oktober ini,” katanya.

 ??  ?? PROMOSI: James (empat kiri), jawatankua­sa penganjur bersama Datuk Bandar Miri Adam Yii (tengah) semasa pertemuan mempromosi­kan acara semasa lawatan di MBM.
PROMOSI: James (empat kiri), jawatankua­sa penganjur bersama Datuk Bandar Miri Adam Yii (tengah) semasa pertemuan mempromosi­kan acara semasa lawatan di MBM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia