Utusan Borneo (Sarawak)

Gerrard bangkitkan spekulasi kepulangan ke Anfield

-

LOS ANGELES, Amerika Syarikat ( A S ) : Bekas kapten keb a n g s a a n E n g l a n d , Steven Gerrard, membangkit­kan s p e k u l a s i kepulangan ke kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool Sabtu lepas setelah satu muat naik dalam laman sosial p e r i b a d i Instagram b e l i a u kelihatan membaya n g k a n beliau akan m e n - inggalkan kelab Los Angels Galaxy. Galaxy menamatkan musim Liga Bola Sepak Utama ( MLS) menentang FC Dallas pada perlawanan lewat dan walaupun masih merayu untuk satu perlawanan playoff, penyokong Liverpool berasa yakin bekas kapten mereka berusia 36 tahun itu mungkin akan kembali ke Anfield, di mana beliau bermain untuk hanya satu kelab dari 1998 hingga 2015. “Tinggal di Los Angeles dan bermain untuk penyokong hebat Galaxy adalah satu penghormat­an,” tulis Gerrard dalam laman Instagram beliau. “Anda menjadikan saya seperti berada di tanahair saya sendiri. Bandar raya dan kelab ini sentiasa istimewa di hati saya. Terima kasih.” Kontrak Gerrard dijangka berakhir pada penamat kempen MLS dan Gerrard akan dialu- alukan di Liv- erpool ketika musim liga di England menghampir­i tempoh paling penting. Selepas Liverpool menang 2-1 ke atas West Bromwich Albion Sabtu lepas, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata kepulangan Gerrard amat dialu-alukan. “Steven Gerrard sentiasa dialu- alukan di Liverpool – anda tidak dapat bayangkan sambutanny­a nanti,” kata Klopp. “Tetapi semua yang sudah kami bincangkan atau akan bincangkan tentang kedudukan beliau dalam situasi ini. Itu yang saya tahu tentang Stevie dan ia juga bagaimana Stevie tahun tentang saya. “Tetapi tiada siapa harus bimbang di mana tiada tempat untuk Steven Gerrard. Semuanya akan OK.” Gerrard menjaringk­an 120 gol untuk Liverpool dalam lebih dari 500 perlawanan bersama kelab. Beliau menjaringk­an lima gol untuk Galaxy setakat ini. — AFP

 ??  ?? GERRARD
GERRARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia