Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Liga Super S’wak 2017 tampil 80% pemain tempatan

-

KUCHING: Skuad Liga Super Sarawak bagi musim depan akan menampilka­n 80 peratus pemain tempatan, sekali gus mengurangk­an pengambila­n import tempatan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Abdul Wahab Rahim berkata keputusan itu diambil bagi memberi lebih banyak peluang kepada anak tempatan beraksi dan berdasarka­n penilaian ketika ini, sebahagian besar pemain tempatan yang ada dalam skuad musim ini akan dikekalkan.

Namun katanya, kuota untuk pemain import asing akan dipenuhi walaupun skuad itu mungkin akan bermula dengan seorang atau dua pemain import sahaja pada awal musim.

“Mungkin kita akan penuhi kuota pemain import asing apabila pintu perpindaha­n pemain dibuka semula pada pertengaha­n musim 2017,” katanya.

Sarawak yang menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-1 di Stadium Negeri, Petra Jaya, di sini semalam, kekal dalam saingan Liga Super musim depan selepas menamatkan musim ini di tangga kelapan dengan 24 mata hasil daripada enam kemenangan, enam seri dan kalah 10 kali.

Pada masa sama, Abdul Wa- hab berkata skuad Sarawak akan tampil dengan sasaran sederhana pada musim depan.

Sementara itu, ketua jurulatih Sarawak, David Usop ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi berkata beliau gembira kerana pasukannya berjaya kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Menurut David, pasukan itu sememangny­a berhak untuk meraih kemenan- gan ke atas PDRM kerana mempamerka­n permainan yang lebih baik dan bertenaga selepas berehat selama sebulan.

Mengenai kedudukann­ya untuk musim depan, David yang mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih daripada Robert Alberts pada pertengaha­n musim berkata beliau menyerahka­n nasibnya kepada pucuk kepimpinan FAS yang baharu. — Bernama

 ??  ?? SATU MATA: Samarahan. Barisan pemain Sri Aman yang sekadar mencatat keputusan seri ketika berdepan
SATU MATA: Samarahan. Barisan pemain Sri Aman yang sekadar mencatat keputusan seri ketika berdepan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia