Utusan Borneo (Sarawak)

103 perenang bakal sertai Kejohanan Renang Antara Sekolah Rendah

-

MIRI: Seramai 103 perenang cilik bakal menyertai Kejohanan Renang Antara Sekolah Rendah di sini pada Sabtu (29 Oktober) ini.

Kejohanan yang bakal berlangsun­g di kolam renang awam di sini adalah anjuran Persatuan Renang Amatur Bahagian Miri (MASA).

Jurucakap penganjur memberitah­u, kejohanan itu akan disertai 14 sekolah rendah di sekitar bandar raya Miri.

Sekolah berkenaan ialah SJKC Chung Hua Miri, SJKC Chung Hua Lutong, SJKC Chung Hua Krokop, SJKC Chung Hua Pujut, SJKC Chung San, SJKC North, SK Agama, SK Jalan Bintang, SK Lutong, Sk Merbau, SK Pujut Corner, SK St Joseph, SK Tudan dan SR Sri Mawar.

“SJKC Chung Hua Miri akan memberi cabaran hebat kepada sekolah-sekolah lain yang menyertai pertanding­an kali ini kerana sekolah terbabit merupakan juara bertahan selama tiga kali dan berjaya mendapat piala pusingan.

“Sudah pasti kejohanan ini nanti turut akan memberi persaingan sengit antara perenang cilik tersebut untuk merebut piala pusingan yang baharu,” katanya.

Jelas beliau, acara tahunan terbabit bertujuan mempromosi­kan sukan renang di kalangan murid sekolah rendah di samping mencari bakat- bakat baharu yang dapat diketengah­kan untuk program latihan di bawah kendalian MASA.

Kejohanan terbabit akan dibahagika­n kepada kategori lelaki dan perempuan dalam acara yang dipecahkan kepada darjah satu dan dua untuk acara 25M Breaststro­ke, 25M Backstroke dan 25M Freestyle.

Manakala untuk darjah tiga hingga enam, masing-masing 50M dan 100M untuk Breaststro­ke, Backstroke, Freestyle, Butterfly dan Open Relay (4x50M) bagi kedua- dua kategori lelaki dan perempuan.

Menteri Muda Pelanconga­n merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin dijangka hadir sebagai tetamu sekali gus merasmikan kejohanan berkenaan pada jam 10 pagi hari tersebut.

Orang awam yang ingin menyaksika­n kejohanan terbabit dialu-alukan dan kemasukan adalah percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia