Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai pertanding­an badminton Piala Roket 2016 pada 9 hingga 11 Disember

-

MIRI: Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Miri akan menganjurk­an pertanding­an badminton bagi merebut Piala Roket 2016 pada 9 hingga 11 Disember depan.

Pengerusi penganjur Peter Hii berkata, pertanding­an tersebut akan diadakan di Gelanggang Badminton Tung Sports, Padang Kerbau.

Beliau berkata antara objektif pertanding­an ialah mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan orang awam dan DAP di sekitar Miri melalui sukan badminton.

“Ini merupakan julung kali kami mengadakan pertanding­an seumpama ini justeru semua pasukan badminton dipelawa mengambil bahagian,” katanya.

Peter menambah, setiap pasukan yang mengambil bahagian perlu diwakili seorang untuk kategori Lelaki Persendiri­an Terbuka, Campuran Berpasanga­n Terbuka dan Lelaki Berpasanga­n dengan seorang daripada pemain berusia 45 tahun dan ke atas.

Beliau menambah, pertanding­an terhad untuk 16 pasukan dan pasukan akan dibahagika­n kepada empat kumpulan.

“Format pertanding­an ialah pusingan saringan, suku akhir dan separuh akhir dan pertanding­an akhir. Johan akan membawa pulang Piala Roket, trofi, pingat untuk setiap pemain dan wang tunai RM1,000.

“Manakala naib johan bakal menerima trofi, mingat untuk setiap pemain dan wang tunai RM500. Tempat ketiga dan keempat akan menerima trofi, pingat dan wang tunai masing-masing RM300 dan RM200,” katanya.

Setiap pasukan akan dikenakan yuran RM150 dan borang pendaftara­n hendaklah sampai ke jawatankua­sa penganjur pada 30 November.

Keterangan lanjut sila hubungi pejabat DAP di Lot 1917, Jalan Datuk Edward Jeli, Piasau Industrial Estet di talian 085-668764.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia