Utusan Borneo (Sarawak)

Kira-kira 200 peserta sertai Kuching Duathlon Tupong Run 2016 semalam

-

KUCHING: Seramai kirakira 200 peserta menyertai acara Kuching Duathlon Tupong Run (KDTR) 2016 yang berlangsun­g semalam bermula di kaki Bukit Siol Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini.

Acara KDTR itu melibatkan acara larian sejauh tujuh kilometer ( 7km), disambung acara berbasikal sejauh 40km dan seterusnya disambung acara larian sekali lagi, juga sejauh 7km.

Menurut pengerusi pengelola KDTR Seiji Borhan, acara tersebut julung kali diadakan di kawasan Petra Jaya, namun sebelum ini ia pernah diadakan di Kota Samarahan dan beberapa kawasan lain.

“Kami menerima penyertaan yang cukup memberangs­angkan di mana 200 peserta yang terlibat tidak hanya merupakan penduduk Petra Jaya sendiri, bahkan ia juga mendapat penyertaan daripada peserta dari Bintulu, Miri, Sabah, malah juga Afrika Selatan.

“Menerusi jumlah positif ini, kami dapat rasakan penganjura­n acara gaya hidup sihat seumpama ini harus diteruskan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita.

Antara laluan bagi acara larian KDTR semalam ter- masuk Jalan Astana, Jalan Tupong Tengah dan Jalan Semariang manakala bagi acara berbasikal KDTR pula ia termasuk laluan sekitar FAC sehingga kembali ke Jalan Semariang.

Tidak ketinggala­n untuk ikut serta dalam acara KDTR ialah Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Manakala hadir melepaskan peserta acara larian KDTR 7km sekali gus merasmikan acara itu ialah Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya.

 ??  ?? PELEPASAN: Fadillah (dua kiri) bersedia menekan hon sebagai simbolik pelepasan peserta acara larian KDTR 7km bermula di kaki Bukit Siol, semalam.
PELEPASAN: Fadillah (dua kiri) bersedia menekan hon sebagai simbolik pelepasan peserta acara larian KDTR 7km bermula di kaki Bukit Siol, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia