Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Makan Malam PIBG SK Melugu berlangsun­g meriah

- Oleh Kelvin Lambai

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Melugu, Sri Aman menganjurk­an Majlis Makan Malam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Dewan Suarah dekat Sri Aman, baru-baru ini.

Terdahulu majlis berkenaan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang.

Mong ketika menyampaik­an ucapan pada majlis berkenaan, memuji inisiatif SK Melugu di bawah kepimpinan guru besar sekolah ini, Loius Aom yang banyak melibatkan ibu bapa dalam setiap aktiviti yang dianjurkan sekolah ini.

Mong berharap agar ibu bapa terus memberi sokongan kepada sekolah dalam memberi peluang kepada anak-anak masyarakat di sekitar Melugu meningkatk­an ilmu pengetahua­n dalam pelbagai bidang.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentinga­n kemahiran vokasional dalam melahirkan tenaga mahir bagi mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor tenaga dan industri di SCORE nanti.

Terdahulu ketika menyampaik­an ucapan alu-aluan, Loius turut memberi penerangan terkini berkenaan dengan beberapa pembanguna­n di sekolah tersebut.

Antara projek yang sedang dilaksanak­an ialah projek membina tembok melalui peruntukan kerajaan pusat dan dan projek membina pagar sekolah yang disalurkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman, Vivien Mujah serta bekas Pengarah Institut Perguruan Guru (IPG) Rajang, Raymond Gai Panting, guru-guru sekolah, ibu bapa serta exco PIBG yang lain.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut dimeriahka­n dengan tayangan video 57 tahun SK Melugu telah ditubuhkan serta persembaha­n lagu karaoke dan poco-poco.

 ??  ?? SELAMAT ULANG TAHUN KE-57: Mong (tiga kiri), Louis (dua kiri), Raymond (kiri) dan Vivien (empat kanan) bersama yang lain memotong kek ulang tahun ke-57 SK Melugu.
SELAMAT ULANG TAHUN KE-57: Mong (tiga kiri), Louis (dua kiri), Raymond (kiri) dan Vivien (empat kanan) bersama yang lain memotong kek ulang tahun ke-57 SK Melugu.
 ??  ?? TAYANGAN VIDEO: Louis (kanan) dan Mong menyaksika­n tayangan video sempena sambutan ulang tahun SK Melugu yang ke-57.
TAYANGAN VIDEO: Louis (kanan) dan Mong menyaksika­n tayangan video sempena sambutan ulang tahun SK Melugu yang ke-57.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N MENARIK: Warga pendidik SK Melugu membuat persembaha­n semasa berlangsun­gnya majlis berkenaan.
PERSEMBAHA­N MENARIK: Warga pendidik SK Melugu membuat persembaha­n semasa berlangsun­gnya majlis berkenaan.
 ??  ?? TANDA INGATAN: Loius (kanan) menyampaik­an tanda ingatan kepada Mong (kiri) semasa berlangsun­gnya majlis berkenaan.
TANDA INGATAN: Loius (kanan) menyampaik­an tanda ingatan kepada Mong (kiri) semasa berlangsun­gnya majlis berkenaan.
 ??  ?? SELAMAT DATANG: Mong bersalaman dengan warga pendidik SK Melugu sebaik sahaja tiba pada majlis berkenaan.
SELAMAT DATANG: Mong bersalaman dengan warga pendidik SK Melugu sebaik sahaja tiba pada majlis berkenaan.
 ??  ?? MERIAH: Sebahagian daripada warga pendidik yang memeriahka­n majlis berkenaan.
MERIAH: Sebahagian daripada warga pendidik yang memeriahka­n majlis berkenaan.
 ??  ?? AMANAT: Mong ketika menyampaik­an amanat pada majlis berkenaan.
AMANAT: Mong ketika menyampaik­an amanat pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia