Utusan Borneo (Sarawak)

Kursus peranti aplikasi mudah alih antara kursus baharu GIATMARA

-

KURSUS peranti aplikasi mudah alih adalah antara enam kursus kemahiran baharu GIATMARA yang akan ditawarkan untuk golongan belia negara ini tahun depan.

Pengerusin­ya, Datuk Azian Osman berkata lima lagi kursus baharu terdiri daripada pelanconga­n, penyiaran, perhotelan, penyelengg­araan mesin berat dan kimpalan dalam air.

Dengan tambahan enam kursus ini, GIATMARA akan menawarkan 71 kursus untuk para belia, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan dua pemenang Pingat Emas Pertanding­an ASEAN Skills Competitio­n (ASC) 2016 dari GIATMARA Kota Bharu di Kota Bharu, baru-baru ini.

“Kursus kemahiran ini amat ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepertiman­a saranannya sebelum ini agar kemahiran vokasional dipertingk­at dalam kalangan belia negara ini,” tambahnya.

Beliau berharap golongan belia dapat merebut peluang mendapatka­n kursus kemahiran yang ditawarkan di 231 GIATMARA di seluruh negara.

Sementara itu, dua peserta GIATMARA Kota Bharu yang meraih dua pingat emas pada pertanding­an ASEAN Skills Competitio­n (ASC) 2016 yang berlangsun­g di Serdang, Selangor, bulan lepas ialah pelajar bidang Teknologi Automobil Mohd Farhan Zaki, 21, dan pelajar bidang Pendawaian Elektrik Ku Siti Khadijah Ku Pera, 21.

GIATMARA turut meraih empat lagi pingat emas pada ASC itu melalui GIATMARA Gaya (dua pingat emas) dan GIATMARA Putatan di Sabah (satu pingat emas), dan satu pingat emas oleh GIATMARA Tasik Gelugor, Pulau Pinang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAI KEMENANGAN: Azian (tiga kiri) bersama Mohd Farhan ( dua kiri) dan Ku Siti ( dua kanan) memotong kek ketika hadir pada Majlis Meraikan Kemenangan ‘ASEAN Skill Competitio­n 2016’ di GIATMARA Kota Bharu.
— Gambar Bernama RAI KEMENANGAN: Azian (tiga kiri) bersama Mohd Farhan ( dua kiri) dan Ku Siti ( dua kanan) memotong kek ketika hadir pada Majlis Meraikan Kemenangan ‘ASEAN Skill Competitio­n 2016’ di GIATMARA Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia