Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai program meriahkan Hari Kanak-Kanak Commerce Square

- Oleh Ambrose Rirang

PELBAGAI program serta aktiviti akan diadakan sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Commerce Square, Bintulu di ruang legar pusat belibelah itu pada 29 dan 30 Oktober ini nanti.

Menurut Pengerusi Persatuan Pengasuh dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Bintulu (PAKB) Maraini Jaafar, antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang dua hari sambutan berlangsun­g ialah pertanding­an tarian kanakkanak, zumba kanakkanak, pertanding­an kostum Halloween, pertanding­an mewarna, ‘konga’ dan perjumpaan pencinta haiwan Bintulu.

Jelasnya, sambutan kali ini dijangka dihadiri oleh ibu bapa dan kanak-kanak kerana ia menawarkan pelbagai program interaktif menghiburk­an terutama untuk kanak-kanak yang menjadi golongan sasar utama menyertain­ya.

“Pada hari pertama sambutan iaitu 29 Oktober akan diadakan pertanding­an mewarna kanak-kanak yang dibahagika­n kepada dua kategori iaitu umur 6 hingga 9 tahun dan kategori kedua iaitu kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun yang mana yuran penyertaan adalah RM5 bagi setiap peserta,’’ ujarnya.

Katanya, bagi kategori kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun, juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM80, naib juara RM50 dan tempat ketiga RM30 yang masing-masing disertakan dengan sijil penyertaan.

Bagi kategori kanakkanak berumur 10 hingga 12 tahun pula ujarnya, juara bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM100, naib juara RM70 manakala tempat ketiga pula RM50 selain disertakan dengan sijil penyertaan.

Bercakap mengenai pertanding­an tarian kanak- kanak beliau berkata, ia terbuka kepada peserta secara brkumpulan atau individu yang berumur 15 tahun ke bawah.

Setiap peserta jelasnya boleh menarikan pelbagai jenis tarian dan setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan RM20.

Juara pertanding­an tarian bakal menerima hadiah wang tunai RM200, naib juara RM150 dan tempat ketiga RM100. Semua pemenang juga akan diberikan sijil penyertaan.

Di samping itu katanya, satu lagi pertanding­an dijangka menarik minat golongan kanak-kanak ialah kostum Halloween yang terbuka kepada kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun.

Jelasnya, juara bakal menerima wang tunai RM100, tempat kedua RM80 manakala tempat ketiga RM60 dan semua pemenang akan menerima sijil penyertaan.

Untuk pertanyaan atau keterangan berhubung sambutan hari Hari KanakKanak Commerce Square ini, boleh menghubung­i Roy di talian 016-9536357 atau 086-344118/119.

 ??  ??
 ??  ?? CERIA: Warga KEMAS Sri Aman bersama guru, PPMS, kanak-kanak serta kakitangan JBS Sri Aman bergambar kenangan selepas selesai Program Hari Sukan Negara 2016.
CERIA: Warga KEMAS Sri Aman bersama guru, PPMS, kanak-kanak serta kakitangan JBS Sri Aman bergambar kenangan selepas selesai Program Hari Sukan Negara 2016.
 ??  ?? RAIKANKANA­K-KANAK: Maraini(dudukkanan)merakamkan gambar bersama-sama jawatankua­sa penganjur acara Hari Sambutan Kanak-Kanak yang akan berlangsun­g pada 29 dan 30 Oktober nanti.
RAIKANKANA­K-KANAK: Maraini(dudukkanan)merakamkan gambar bersama-sama jawatankua­sa penganjur acara Hari Sambutan Kanak-Kanak yang akan berlangsun­g pada 29 dan 30 Oktober nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia