Utusan Borneo (Sarawak)

120 pendidik menyertai Kolokium II SMK Batu Kawa

-

SERAMAI 120 warga pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawa menyertai Kolokium II SMK Batu Kawa ‘Ke Arah Penyelesai­an Masalah Pembelajar­an Intervensi Dalam Kaedah Pengajaran dan Pembelajar­an; Kad Ionik dan Kad Satah Visual’.

Kolokium yang diadakan pada 8 Oktober lalu di Dewan SMK Batu Kawa itu menyaksika­n empat guru membentang­kan kajian masing-masing.

Pembentang­an pertama disampaika­n Clare Wong Hui Ling bertajuk ‘Transforma­si Pengurusan Lembaga Pengawas Sekolah SMK Batu Kawa: Sistem Pengurusan dan Kepimpinan Pengawas Sekolah (2015 -2016)’.

Manakala pembentang kedua Wong Siew Kiong menyampaik­an kajian yang bertajuk ‘Teknik Kad Ionik’ yang merupakan satu kaedah untuk meningkatk­an pemahaman pelajar tentang cara penulisan formula kimia Sebastian Ion.

Sementata itu, Jee Nyuk Hiong pula menyampaik­an pembentang­an bertajuk ‘Penggunaan Teknik Satah Visual’ untuk meningkatk­an kemahiran menamakan sudut di antara dua satah.

Pembentang­an yang terakhir pada kolokium tersebut disampaika­n oleh Jonna Randog bertajuk ‘Kajian Impak Program Remaja Berwawasan di SMK Batu Kawa Pada Tahun 2016’.

Pengerusi majlis kolokium itu, Neo Hui Kiam dalam ucapan menjelaska­n tujuan program tersebut ialah untuk menyediaka­n satu platform bagi guru sekolah berkenaan berkongsi ilmu dan pengalaman tentang intervensi kaedah pengajaran dan pembelajar­an, justeru meningkatk­an keberkesan­an pengajaran dan pembelajar­an dalam kelas.

Selain itu, kolokium tersebut diadakan bagi membangkit minat guru turut sama menjalanka­n kajian tindakan, dengan itu pengajaran dan pembelajar­an dalam kelas semakin berkesan dan meningkatk­an prestasi akademik sekolah umumnya.

Sementara itu, Pengetua SMK Batu Kawa Joseph Ng Shan Tsing dalam ucapan perasmian menyeru semua guru dalam sekolah melibatkan diri dalam kajian tindakan demi meningkatk­an prestasi akademik pelajar sekolah.

Beliau memberitah­u kolokium itu merupakan satu aktiviti latihan dalaman yang sejajar dengan dasar Kementeria­n Pendidikan Malaysia dalam usaha meningkatk­an kualiti insan modal dalam bidang pendidikan.

 ??  ?? DAPAT SAMBUTAN: Para peserta memberi perhatian pada pembentang­an Kolokium II MK Batu Kawa.
DAPAT SAMBUTAN: Para peserta memberi perhatian pada pembentang­an Kolokium II MK Batu Kawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia