Utusan Borneo (Sarawak)

Beralih kepada lagu klasik

-

PENGHIBUR dan penyanyi veteran Cher enggan mengurangk­an aktiviti pada usia 70 tahun, malah membawa katalog lagu-lagu pop klasiknya yang hit ke satu pertunjuka­n ‘residency’ baharu di Amerika Utara pada awal tahun depan.

Penyanyi itu baru-baru ini telah mengumumka­n tentang jelajah ‘Classic Cher’, yang akan dibuka pada Februari tahun depan selama tiga minggu di Park Theater dalam venue Monte Carlo di Los Angeles, kemudian bergerak ke Maryland pada Mac sebelum dia kembali ke Las Vegas pada Mei.

“Kita cuba membawa perkara paling penting dari setiap dekad dan kita cuba memasukkan­nya kepada satu cerita mengenai diri kita dan kita cuba melakukann­ya dengan klip filem dan muzik dan pergerakan dan kostum dan kemudian kita cuba sedaya upaya untuk menjadikan­nya sangat menghibur,” kata Cher kepada Reuters.

Penghibur yang memenangi anugerah Oscar dan Grammy itu, dan terkenal kerana kostumnya yang ranggi dan aneh serta suaranya yang mengghaira­hkan, telah menyajikan banyak genre muzik dalam kariernya selama lima dekad, bermain-bermain dengan tarian dan pop kepada bunyi rock dan folk.

Lagu-lagu hitnya selama ini termasuk ‘Bang Bang (My Baby Shot Me Down’, ‘If I Could Turn Back Time’, ‘The Shoop Shoop Song’ dan ‘Believe’.

Dia turut berlakon dalam beberapa filem berprofil tinggi termasuk ‘Moonstruck’ pada 1987, yang membolehka­nnya memenangi anugerah Oscar bagi aktres terbaik.

Walaupun penyanyi itu sudah membuat persembaha­n ribuan kali, dia berkata dia masih rasa gementar di atas pentas.

“Sejurus sebelum saya muncul, saya sentiasa mahukan ibu saya,” katanya.

“Saya seperti ‘saya mahukan ibu saya’ tetapi kemudian kita melakukann­ya dan kemudian kita kata ‘Ini tidak seteruk yang saya sangkakan’ dan kemudian apabila penamat lagu pertama berlaku, ia seperti ‘ok, ini bagus’ dan kemudian ia menjadi semakin baik.” – Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia