Utusan Borneo (Sarawak)

Tamu Besar Kota Belud pusat interaksi pelbagai kaum

Tempat berniaga dan wadah menyatupad­ukan rakyat

-

KOTA BELUD: Perayaan Tamu Besar Kota Belud kekal relevan untuk menjadi platform atau pusat interaksi pelbagai kaum melalui aktiviti perniagaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Tamu Besar Kota Belud 2016, Abdul Gari Itam berkata tamu besar berkenaan bukan sahaja sebagai tempat melakukan aktiviti perniagaan, tetapi berperanan sebagai wadah menyatupad­ukan rakyat pelbagai kaum dan agama melalui interaksi antara satu sama lain.

“Kini, walaupun usianya (Tamu Besar Kota Belud) melebihi satu abad, ia terus berkembang dan saya yakin tamu besar ini terus berperanan sebagai pusat komunikasi bukan sahaja untuk penduduk setempat, tetapi untuk penduduk dari luar daerah ini.

“Selain itu, tamu besar ini juga secara langsung mempromosi­kan daerah ini sebagai satu destinasi p e l a n c o n g a n y a n g mempunyai keunikan t e r s e n d i r i , ” k a t a n y a ketika berucap pada majlis perasmian tamu berkenaan di sini, semalam.

Majlis perasmian itu disempurna­kan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian, Jeremmy Malajad.

Mengulas lanjut, Abdul Gari yang juga Pegawai Daerah Kota Belud, berkata bagi memastikan kewujudan perayaan tamu besar itu kekal relevan mengikut keadaan semasa, pihaknya sentiasa melakukan penambahba­ikan.

“Kepelbagai­an acara dan lokasi antara usaha penambahba­ikan yang dilakukan seperti pusingan awal pertanding­an Ratu Serimpak dan pertanding­an akhir Tanjak Pahlawan yang dilaksanak­an di luar kawasan pekan Kota Belud.

“Bagi menarik penyertaan golongan muda, kita juga mengekalka­n pertunjuka­n permotoran yang telah menarik lebih 400 penyertaan dan dikunjungi kira- kira 5,000 orang pada 15 Okt lepas,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di tamu besar berkenaan mendapati ribuan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk ke tamu berkenaan, dan pameran pelbagai hasil kraf tangan dan pertunjuka­n kebudayaan turut diadakan.

Tamu besar itu menawarkan peluang terbaik kepada orang ramai menyaksika­n kepelbagai­an kesenian kraf tangan dan keunikan budaya masyarakat berbilang kaum dan bangsa di Kota Belud

Ini berikutan daerah itu sememangny­a merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan khazanah budaya bersilang bangsa di Sabah, selain memiliki panorama alam yang cukup indah.

Tamu Besar Kota Belud merupakan acara kemuncak ‘ tamu’ atau pasar awam terbuka, di mana petani dan nelayan memasarkan produk dagangan mereka secara terus di situ pada setiap Ahad dan Rabu, dan ia cukup berpotensi menjadi tarikan utama pelancong ke sini.

Seorang pengunjung, Jasswie Polie, 28, berkata beliau dan rakan-rakannya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke tamu besar berkenaan kerana pelbagai barangan boleh diperoleh di tempat tersebut.

“Hari ini saya membeli sebilah parang dengan harga yang sangat berpatutan. Tahun ini kali kedua saya berkunjung ke sini,” katanya yang berasal dari Tamparuli, terletak kira-kira 50 kilometer dari tamu besar itu.

Seorang lagi pengunjung, Deiond Ibal, 33, dari Kota Marudu, berkata beliau dan isterinya tiba di tamu berkenaan seawal 7 pagi semalam.

“Selain dapat membeli pelbagai makanan termasuk kuih penjaram yang sememangny­a popular di daerah ini, saya berjumpa banyak kawan lama di tamu ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL KRAF TANGAN: Salleh tertarik melihat hasil kraf tangan Parang Kota Belud ketika melawat pameran sempena Tamu Besar Kota Belud, semalam.
— Gambar Bernama HASIL KRAF TANGAN: Salleh tertarik melihat hasil kraf tangan Parang Kota Belud ketika melawat pameran sempena Tamu Besar Kota Belud, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia