Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan sedia bantu penduduk kampung lupus sampah di tepi sungai

-

KOTA KINABALU: Kerajaan melalui Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar bersedia memberi kerjasama kepada penduduk kampung yang menetap di tepi sungai bagi melupuskan sampah- sarap di kawasan masing-masing.

M e n t e r i n y a D a t u k Seri Panglima Masidi Manjun berkata, usaha itu akan dilaksanak­an melalui peruntukan dana bagi menjalanka­n proses pembersiha­n yang turut melibatkan agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Kajian membuktika­n bahawa punca utama sampahsara­p yang ada di tepi pantai datang melalui sungai yang berhampira­n dan semua pihak perlu memainkan peranan dalam menyelesai­kan masalah ini.

“Justeru itu kementeria­n saya akan bersedia membantu kampung yang berdaftar secara sah untuk melupuskan sampah-sarap di sekitar sungai mereka dengan memberi peruntukan sewajarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarka­n Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Sabah 2016 dan Majlis Penyampaia­n Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) 2015/2016, di sini kelmarin.

Tambah beliau, meskipun pelbagai pihak boleh membuat kritikan berkaitan masalah ini, namun mereka perlulah melibatkan diri dalam menyelesai­kannya dan bukan hanya mempersoal­kan tanpa tindakan susulan.

Selain itu Masidi juga menyeru industri besar di negeri ini supaya menjalanka­n peranan untuk turut sama menjaga kebersihan di sekitar kawasan masing-masing.

Menurutnya, usaha itu boleh dijalankan melalui pelaksanaa­n tanggungja­wab sosial industri berkenaan dalam menunjukka­n keprihatin­an mereka menjaga kebersihan sungai.

“Masih ada industri yang menjadikan sungai sebagai tempat pelepasan sampah sarap dan bahan buangan yang berbahaya terhadap habitat hidupan sungai sehingga mengeluark­an bau busuk.

“Memang sudah ada tindakan yang diambil, tapi kita perlu teruskan untuk memikirkan apa yang sepatutnya kita laksanakan untuk mencari j alan penyelesai­an yang lebih berkesan,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau berharap supaya penganjura­n program SERASI seumpama ini dapat meningkatk­an kesedaran generasi muda muda yang menjadi penggerak merubah sikap masyarakat ke arah yang lebih baik.

Katanya, program ini juga amat bertepatan dengan usaha memberi kesedaran memandangk­an i anya melibatkan proses mendidik yang menjadi satu cara berkesan menangani masalah pencemaran alam sekitar.

Justeru beliau juga menyeru agar semangat kesukarela­wanan yang diterapkan melalui program s e d e m i k i a n m a m p u mentransfo­rmasi negeri ini menjadi sebuah negeri yang bebas dari pencemaran sampah-sarap.

Terdahulu, pada majlis berkenaan Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Tulid Keningau dinobatkan sebagai Johan Pertanding­an Mencipta Lagu Alam Sekitar.

Manakala, Anugerah Harapan Serasi bagi kategori sekolah rendah ( SK) dimenangi oleh SK Sandau Kinabatang­an dan SMK Pinggan-Pinggan Pitas pula menjadi Johan bagi kategori sekolah menengah.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi bersama Setiausaha Tetap kementeria­n Dato Rosmadi Sulai, Pengarah Jabatan Pelindunga­n Alam Sekitar Datuk Yabi Yangkat, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul, Pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah Norazizi Adinan, dan Pengurus Besar Gas to Liquids Bussiness Shell Malaysia Tom Wong.

 ??  ?? JOHAN: Masidi (tengah) menyampaik­an hadiah kepada guru SMK Tulid Keningau yang dinobatkan sebagai johan Pertanding­an Mencipta Lagu Alam Sekitar pada majlis berkenaan, sambil disaksikan oleh Yabi (kanan).
JOHAN: Masidi (tengah) menyampaik­an hadiah kepada guru SMK Tulid Keningau yang dinobatkan sebagai johan Pertanding­an Mencipta Lagu Alam Sekitar pada majlis berkenaan, sambil disaksikan oleh Yabi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia