Utusan Borneo (Sarawak)

‘Pink Saves Amazing Race 2016’ tingkat kesedaran terhadap kanser payudara

-

KUALA LUMPUR: Taman Tasik Titiwangsa semalam diceriakan dengan warna merah jambu bagi acara ‘Pink Saves Amazing Race 2016’ bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut setiap Oktober di seluruh dunia.

Lebih 600 peserta lelaki dan wanita mengambil bahagian dalam acara larian amal sejauh lima kilometer itu yang dianjurkan KPJ Sentosa KL Specialist Hospital.

Mereka termasuk bekas pesakit kanser, kakitangan hospital pakar berkenaan, peserta program ‘ Biggest Loser’ di bawah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama ( BENITA) dan orang awam.

Pengarah eksekutif hospital pakar itu, Mohd Taufik Ismail berkata ini kali kedua acara itu diadakan sejak tahun lepas untuk meningkatk­an kesedaran terhadap kesihatan wanita melalui pelbagai pemeriksaa­n pencegahan dan kempen kesedaran penyakit barah itu.

“Kita adakan acara ini bagi memupuk kesedaran dan menggalakk­an masyarakat membuat pemeriksaa­n awal bagi mencegah penyakit kanser payudara seperti membuat pemeriksaa­n mamogram.

Pemeriksaa­n melalui imbasan ini penting kerana pengesanan awal boleh menyelamat­kan nyawa,” katanya kepada Bernama.

Mohd Taufik turut menyampaik­an replika cek bernilai RM3,000 kepada Majlis Kanser Negara (MAKNA).

Sementara itu, Pengerusi BENITA Datin Rohana Mustaffa berkata program itu merupakan usaha bagi menyokong perjuangan menentang kanser payudara serta antara aktiviti gaya hidup sihat yang perlu diamalkan semua lapisan masyarakat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANDA SOKONG: Sebahagian peserta Larian Amal ‘Pink Saves Amazing Race 2016’ memakai baju berwarna merah jambu sebagai sokongan kepada pesakit kanser ketika menyertai larian di Tasik Titiwangsa dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TANDA SOKONG: Sebahagian peserta Larian Amal ‘Pink Saves Amazing Race 2016’ memakai baju berwarna merah jambu sebagai sokongan kepada pesakit kanser ketika menyertai larian di Tasik Titiwangsa dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia