Utusan Borneo (Sarawak)

JKM salur RM3 juta hadapi banjir di seluruh negara

Meliputi keperluan asas mangsa, ganti stok barangan

-

KEMAMAN: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) memperuntu­kkan RM3 juta sebagai persediaan menghadapi banjir di seluruh negara tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata peruntukan itu meliputi keperluan asas mangsa, penggantia­n stok barangan yang mempunyai tarikh luput dan pelaksanaa­n program latihan dan simulasi bencana.

“Antara penambahba­ikan yang dilakukan kali ini ialah pusat pemindahan mangsa banjir tidak lagi tertumpu kepada sekolah dan dewan orang ramai sahaja.

“Sebaliknya, JKM telah menyenarai­kan 73 pusat pemindahan banjir yang berkapasit­i besar selain 2,131 sekolah dan 3,004 dewan orang ramai, balai raya dan pusat komuniti yang mampu menampung hampir 1.56 juta mangsa pada satu-satu masa", katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2016 yang disempurna­kan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di sini semalam. Mengulas lanjut, beliauberk­atastokdan­keperluan makanan telah disimpan di lima depoh di seluruh negara iaitu di Bedong ( Kedah), Sungai Buloh ( Selangor), Kemumin ( Kelantan), Marang (Terengganu) dan Muar (Johor).

“JKM j uga sudah mewujudkan 96 stor bencana dan 569 pangkalan hadapan untuk menyimpan barangan keperluan mangsa di lokasi yang strategik. Malah, JKM juga telah mengenal pasti beberapa pembekal besar di setiap negeri seperti Tesco dan Mydin untuk membantu sekiranya stok keperluan sedia ada tidak mencukupi.

“Paling penting dan perlu diberi tumpuan ialah pengisian kerohanian iaitu kaunseling kepada mangsa banjir kerana mereka ini trauma, sedih dan bimbang kerana terpaksa berpindah dari rumah.

“Ini perlu diberi perhatian terutama kepada kanakkanak, pesakit terlantar dan wanita. Setakat ini kita mempunyai 183 kaunselor di seluruh negara namun jumlah itu masih belum mencukupi.

“Oleh itu, kita akan gerakkan lebih ramai sukarelawa­n dari Komuniti Perwani 1Malaysia untuk membantu memberi khidmat kaunseling kepada mangsa banjir,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia