Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK pertimbang insentif kepada pemberi maklumat

-

BAGAN DATOH: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) sedia mempertimb­angkan cadangan memberi insentif kepada pemberi maklumat berkaitan kenaikan harga barangan.

Timbalan Menterinya Datuk Henry Sum Agong berkata perkara itu akan dipertimba­ngkan sekiranya dirasakan perlu dilaksanak­an pada masa akan datang.

Namun menurutnya, buat masa ini kementeria­n belum bercadang memberi insentif sedemikian kepada pemberi maklumat.

“Orang ramai digalakkan tampil ke hadapan memberi maklumat secara sukarela kerana ia memberi manfaat kepada pengguna supaya harga barangan dapat dikawal,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Pelaksanaa­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 di sini kelmarin.

Sebanyak 18 jenis barangan disenaraik­an di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali yang berkuat kuasa selama 14 hari dari 19 Okt hingga 1 Nov.

Henry berkata ketika ini ‘Friends of KPDNKK’ atau Skuad Pengguna, penghulu dan ketua kampung merupakan antara yang banyak membantu kementeria­n dalam memantau serta memberi maklum balas mengenai sebarang kenaikan harga barangan.

Beliau juga meminta orang ramai melaporkan kepada kementeria­n jika terdapat peniaga menaikkan harga barangan secara melampau terutamany­a ketika menjelang musim perayaan.

Katanya pegawai penguat kuasa KPDNKK sentiasa berada di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk melakukan pemeriksaa­n dan pemantauan.

“Ini adalah tindakan berterusan dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambila­n untung yang berlebihan oleh peniaga yang tidak beretika terutamany­a ketika musim perayaan.

“Peniaga perlu mematuhi arahan yang dikenakaan terhadap mereka dan mengamalka­n sikap beretika dalam menguruska­n perniagaan manakala pengguname­stilahmeng­etahui t a n g g u n g j a w a b d a n menggunaka­n hak mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia