Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir: Siap siaga penting bagi proses pemindahan awal

-

KEMAMAN: Penduduk setempat perlu mengambil langkah siap siaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menghadapi musim tengkujuh dan banjir bagi memastikan mereka mudah dipindahka­n lebih awal oleh anggota penyelamat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri AhmadShabe­ryCheekber­kata tindakan kesiapsiag­aan bagi menghadapi bencana oleh peringkat akar umbi adalah lebih penting daripada persediaan anggota keselamata­n dan aset- aset mereka.

“Kita tidak nafikan p e n t i n g n y a a n g g o t a penyelamat seperti bomba dan polis serta aset yang digerakkan ketika misi menyelamat mangsa banjir.

“Tapi, apabila bencana itu melibatkan puluhan ribuan mangsa, manakan cukup anggota polis dan bomba sahaja membantu ( m e m i n d a h k a n d a n menyelamat­kan mangsa).

“Justeru itu, sokongan semua pihak termasuk penduduk setempat, pertubuhan bukan kerajaan adalah penting dalam usaha menghadapi bencana dan mengelak berlakunya kemusnahan besar,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kemaman di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawattap­aksambutan­Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2016 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kemaman Waterfront semalam.

Ahmad Shabery berkata jika semua pihak bersiap sedia dengan lebih awal jumlah penduduk yang dipindahka­n mungkin lebih rendah berbanding jika mereka terperangk­ap akibat lewat keluar daripada kediaman masing-masing.

Dalam pada itu, beliau mengucapka­n penghargaa­n kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang memilih Kemaman sebagai tuan rumah bagi acara berkenaan.

“Ia sedikit sebanyak menambahka­n semangat warga Kemaman untuk memperkema­s lagi ‘ SOP Kemaman Siapsiaga’ dari semasa ke semasa khususnya ketika berlakunya banjir di daerah ini.

“Selain SOP itu yang kita laksanakan sebelum ini, kita juga menambah lagi satu perkara iaitu memberi makan kepada haiwan ternakan yang terperangk­ap ketika berlakunya banjir untuk mengelakny­amatikelap­aran,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia