Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Internet 1Malaysia bantu transforma­si pendapatan penduduk

-

MERSING: Pusat Internet 1Malaysia telah membantu masyarakat dalam mentransfo­rmasi ekonomi penduduk setempat selain membantu mereka menjana pendapatan.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Latif Bandi berkata penduduk di kawasan yang mempunyai perkhidmat­an itu perlu menggunaka­n sepenuhnya kemudahan yang disediakan bagi mengubah cara hidup merekasupa­yaterusmaj­udalam era dunia tanpa batasan.

“Pusat ini bukan sahaja menyediaka­n kemudahan j alur l ebar malahan menyediaka­n tenaga pengajar bagi memberi kursus dan latihan, teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta keusahawan­an secara percuma.

“P e l u a n g s e b e g i n i seharusnya diambil setiap masyarakat khususnya di luar bandar kerana banyak usahawan dalam talian yang berjaya hasil bantuan daripada pusat ini,” katanya pada majlis perasmian Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Air Tawar, dekat sini, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Kampung Air Tawar Zainol Yusof berkata beliau amat teruja dengan kemudahan yang disediakan kerajaan dan berharap masyarakat dapat mendalami lagi ilmu berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi terutamany­a kepada pelajar.

“Selain daripada pelajar, manfaat ini turut dirasai oleh penduduk setempat dan kampung- kampung berhampira­n juga kepada usahawan yang ingin mengembang­kan perniagaan mereka melalui perniagaan dalam talian,” katanya.

Bagi Amirul Faiz, 11, dia banyak menggunaka­n pusat Internet berkenaan untuk mengulang kaji lebih banyak mata pelajaran.

“Saya minat belajar dan di sini saya ada guru yang mengajar secara percuma bagi memahirkan diri mempelajar­i teknologi masa kini. Saya juga berpeluang­mempelajar­ipelbagai bahasa melalui Internet,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia