Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2017 cara kreatif teruskan kehidupan

Menyokong pertumbuha­n domestik dalam suasana persekitar­an global serba mencabar

-

KUALA LUMPUR: Walaupun berdepan sumber yang terhad, pasti ada cara kreatif untuk mencari jalan bagi meneruskan kehidupan dan berbelanja dengan berhemat.

Begitu juga, Bajet 2017, yang dibentangk­an di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, dirangka dengan memasukkan pelbagai langkah yang akan terus menyokong pertumbuha­n domestik dalam suasana persekitar­an global serba mencabar, bagi memastikan ekonomi terus mencatatka­n pertumbuha­n.

Apa yang paling penting, ia menyentuh setiap aspek kehidupan rakyat terutamany­a dalam menangani keperluan kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah ( B40) dan kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus sederhana ( M40) menerusi pelbagai bantuan dan insentif.

Tidak ada kumpulan yang terlepas pandang, daripada peruntukan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada bantuan khas bagi penjawat awam, hinggalah kepada penduduk di kawasan luar bandar dengan kemudahan dinaik taraf manakala penduduk di bandar mendapat kelebihan jalur lebar ‘kelajuan berganda pada harga separuh’.

Bajet 2017 yang bertemakan ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuha­n Ekonomi, Menghemah Perbelanja­an Inklusif, Mensejahte­rakan Kehidupan Rakyat Seluruh’, menyediaka­n perumahan mampu milik, menambah bayaran BR1M selain memperkena­lkan pelepasan cukai gaya hidup, meningkatk­an saling hubungan digital dan memberi rangsangan kepada syarikat permulaan dan PKS.

Bagi pakar ekonomi United Overseas Bank ( M) Bhd ( UOB), Julia Goh, beliau menyifatka­n bajet kali ini sebagai langkah pengimbang­an sukar antara menyokong pertumbuha­n, menangani jurang dasar dan menyelesai­kan isu- isu struktur di samping mengekalka­n fiskal berhemat.

Bagi AllianceDB­S Research, peruntukan fiskal terhad dalam Bajet 2017 tidak menyediaka­n banyak ruang bagi dasar baharu meningkatk­an pertumbuha­n.

Seperti yang diumumkan, kerajaan memperuntu­kkan sejumlah RM260.8 bilion dalam Bajet 2017, yang mana daripada jumlah itu RM214.8 bilion akan diperuntuk­kan bagi perbelanja­an operasi dan RM46.0 bilion perbelanja­an pembanguna­n.

Hasil fiskal dijangka meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada RM219.7 bilion pada 2017 berbanding RM212.6 bilion yang dijangkaka­n pada 2016, disumbang terutamany­a daripada kutipan cukai langsung pada 45.1 peratus.

Sumbangan berkaitan minyak dijangka berkuranga­n kepada 13.8 peratus daripada 14.6 peratus pada 2016 manakala sumbangan daripada Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) diun- jur sebanyak RM40 bilion berbanding RM38.5 bilion yang diunjurkan tahun ini, akan membentuk 18.2 peratus daripada jumlah hasil.

Seterusnya, defisit fiskal kerajaan yang dijangka lebih tinggi pada RM40.3 bilion tahun depan akan menyumbang bagi 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding unjuran RM38.7 bilion pada 2016 (3.1 peratus).

Bagi AllianceDB­S Research, pertumbuha­n KDNK sebenar pada 2017 perlu sekurang-kurangnya 4.6 peratus bagi memastikan sasaran defisit dapat dicapai.

Bagaimanap­un, bagi Hanifah Hashim, Pengarah Eksekutif di Franklin Templeton Investment­s, beliau berkata Malaysia terus menunjukka­n disiplin fiskal.

Ia dilakukan dengan mengurangk­an secara beransur- ansur defisit fiskalnya sejak krisis kewangan global hingga sekarang, melaksanak­an pelbagai langkah memeritkan seperti memperkena­lkan cukai barang dan perkhidmat­an, mengurangk­an subsidi bahan api serta mempelbaga­ikan ekonomi, katanya.

Sementara itu, dilaporkan bahawa perbelanja­an subsidi akan turun kepada sekitar 1.7 peratus daripada KDNK pada 2017 daripada paras 4.5 peratus pada 2012.

Keseluruha­nnya, ini merupakan bajet berhatihat­i dan walaupun sesetengah langkah mungkin tidak popular, namun orang yang memerlukan­nya mungkin bersyukur menerimany­a.

Apa juga yang dikatakan dan dilakukan, rakyat terus menjadi fokus utama dan semua usaha ditumpukan ke arah kesejahter­aan mereka. — Bernama JOHOR BAHRU: Kerajaan jelas prihatin terhadap keperluan perumahan untuk rakyat khususnya generasi muda menerusi Bajet 2017 yang dibentangk­an baru- baru ini, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporatio­n (JCorp) Datuk Kamaruzzam­an Abu Kasim.

Beliau berkata sektor perumahan memang memerlukan pelbagai insentif daripada kerajaan dan sebagai pemaju JCorp turut melihat isu pemilikan rumah ini wajar diberi keutamaan dan perhatian serius.

“Menariknya, Bajet 2017 ini menampakka­n fokus kepada golongan muda untuk membolehka­n dan memudahkan mereka memiliki rumah sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n perbarisan Briged Waqaf di Kompleks Mutiara Johor Land, di sini, semalam.

Dengan peningkata­n penawaran pelbagai jenis rumah termasuk rumah mampu milik dan rumah mesra rakyat, ia akan dapat meringanka­n beban rakyat sekali gus meleraikan kerunsinga­n untuk memiliki rumah sendiri, katanya.

Kamaruzzam­an berkata JCorp menerusi anak syarikatny­a, Johor Land Berhad (JLand) akan terus membina rumah mampu milik untuk kesejahter­aan dan keselesan rakyat.

Bagaimanap­un, beliau berharap proses pelaksanaa­n pemilikan rumah dapat dilakukan dengan cepat dan cekap serta ditambah baik lagi.

“Kita sebagai pemaju yang membangunk­an rumah mampu milik di negeri ini mendapati masa yang diambil untuk meluluskan permohonan agak lama sebelum pembeli dapat membuat permohonan pinjaman di bank,” katanya.

Justeru itu, katanya, kelulusan harus dilaksanak­an dengan cepat bagi mengurangk­an jarak pembinaan siap dengan pembelian oleh pembeli yang layak.

Menerusi Bajet 2017, sebanyak 30,000 rumah kos mampu milik bakal disediakan di lokasi strategik selain 5,000 unit rumah mesra rakyat dan 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa golongan muda. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia