Utusan Borneo (Sarawak)

500 peserta TUBE 3.0 tamat latihan keusahawan­an

-

KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi destinasi penerbanga­n jarak dekat dan jauh dalam rangkaian meluas laluannya.

Pelanggan bagi perjalanan jarak jauh juga boleh mengambil kesempatan daripada diskaun itu apabila membeli produk Premium Flatbed AirAsia X.

“Ini adalah promo tanpa had yang menawarkan diskaun sehingga separuh dari- pada harga tambang dalam seluruh rangkaian kami. Diskaun adalah sehingga 50 peratus daripada tambang ke destinasi kami di seluruh Asia dan luar darinya,” kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh, dalam satu kenyataan semalam.

“Dari Kuala Lumpur ke Jepun, Korea Selatan, China, Australia, New Zealand, Iran, Maldives atau malahan Mauritius, ini adalah peluang terbaik untuk melihat ke destinasi yang anda sentiasa ingin pergi malahan pada harga yang sangat mampu milik,” katanya.

Pelanggan Premium Flatbed akan menikmati produk percuma premium dan perkhidmat­an termasuk keutamaan daftar masuk, keutamaan berlepas, keutamaan bagasi, peruntukan bagasi 40 kilogram, makanan percuma serta bantal dan selimut. — Bernama IPOH: Seramai 500 peserta Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) 3.0 menamatkan latihan di 10 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara, kelmarin.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) Rizal Nainy berkata susulan itu, peserta yang layak akan diberi bantuan kewangan geran RM15,000 seorang setelah mendaftark­an perniagaan dalam fasa ketiga TUBE.

“Sokongan SME Corp Malaysia kepada peserta TUBE bukan setakat ini sahaja kerana mereka berpeluang memohon bantuan dan latihan bagi mengembang­kan lagi perniagaan.

“SME Corp menyediaka­n pelbagai bantuan kepada usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana termasuk Program Peningkata­n Enterprise Bumiputera (BEEP), yang menawarkan bantuan bersepadu kepada usahawan,” katanya ketika berucap menutup program TUBE 3.0 Perak melibatkan 49 peserta di sini, kelmarin.

Ia sebelum itu dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Samsudin Abu Hasan.

Program TUBE yang dicetuskan Kongres Usahawan Muda Bumiputera anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri pada 27 hingga 29 Mac 2014, merupakan inisiatif kerajaan menggalakk­an generasi belia menceburi bidang perniagaan.

Menurut Rizal, pelaksanaa­n program TUBE mendapat peruntukan RM45 juta menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) serta Bajet 2016.

Bagi tahun ini, sejumlah 16 program untuk usahawan muda disediakan dan melibatkan peruntukan RM351 juta untuk membolehka­n belia memperkasa­kan diri dalam bidang keusahawan­an.

Bercakap pada sidang media, Rizal berkata seramai 1,000 peserta menyertai program TUBE siri pertama dan kedua sejak dilaksanak­an pada 2014.

“Jumlah jualan tahunan terkumpul dijana oleh peserta program itu mencecah kira-kira RM24.5 juta. Ia diraih oleh 935 daripada 1,000 peserta yang berniaga sejak setahun lalu,” katanya.

Malah ada peserta yang kini dalam proses mengekspor­t produk mereka ke peringkat antarabang­sa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Samsudin Abu Hassan (tiga kanan) menyampaik­an Anugerah Rancangan Perniagaan Terbaik Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera...
— Gambar Bernama TAHNIAH: Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Samsudin Abu Hassan (tiga kanan) menyampaik­an Anugerah Rancangan Perniagaan Terbaik Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia