Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa terus naik dipacu pembentang­an Bajet 2017

Kenaikan sederhana akibat ketidakten­tuan pasaran global

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran menaiknya minggu ini, dipacu oleh pengumuman positif dalam Bajet 2017.

Bagaimanap­un, kenaikan diunjur sederhana disebabkan oleh ketidakten­tuan pasaran global, kata seorang peniaga.

Beliau berkata peruntukan RM3 bilion bagi syarikat- syarikat bermodal kecil dan sederhana akan memberi rangsangan baharu kepada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan ( GLIC) memandangk­an ia akan membantu syarikat berkenaan mempelbaga­ikan portfolio pelaburan.

“Peruntukan ini akan merangsang­kan minat belian pelabur dalam saham berharga murah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Bajet 2017 baik untuk pasaran memandangk­an ia dapat memacu pertumbuha­n ekonomi dan pendapatan korporat.

“Kita menyaksika­n paras sokongan bagi FBM KLCI pada kira- kira 1,650- 1,680 mata minggu depan (minggu ini),” kata peniaga itu.

Bagaimanap­un, pendasar sentimen pasaran kekal berhati- hati disebabkan oleh ketidakten­tuan mengenai kenaikan kadar faedah Rizab Persekutua­n AS dan harga minyak.

“Kenyataan yang bercanggah mengenai masa Rizab Persekutua­n AS akan menaikkan kadar faedah menambah ketidakten­tuan arah pasaran,” katanya.

Beliau berkata harga minyak dunia yang tidak menentu serta masa kenaikan kadar faedah berkemungk­inan terus memberi kesan kepada minat di Bursa Malaysia minggu ini.

Penganalis­is FXTM Research Lukman Otunuga berkata pasaran saham tidak menentu pada Khamis dengan kebanyakan­nya turun naik disebabkan oleh gabungan harga minyak yang jatuh dan kenaikan dolar AS.

Bagi minggu yang baharu berakhir, penanda aras FBM KLCI menambah 11.01 mata kepada 1,669.98 berbanding 1,658.97 pada Jumaat lepas.

Bagi asas perbanding­an minggu ke minggu, Indeks FBM Emas meningkat 72.48 mata kepada 11,810.12, Indeks FBMT 100 naik 74.87 mata kepada 11,509.73 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 37.48 mata kepada 12,442.37.

Bagaimanap­un, FBM Ace susut 24.34 mata kepada 5,124.86 dan FBM 70 naik 86.68 mata kepada 13,879.10.

Mengikut sektor pula, Indeks Kewangan melonjak 203.97 mata kepada 14,429.34, Indeks Perusa- haan menokok 21.76 mata kepada 3,142.80, tetapi Indeks Perladanga­n menambah 46.79 mata kepada 7,961.36.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 5.75 bilion unit bernilai RM8.51 bilion berbanding 7.56 bilion unit bernilai RM8.52 bilion Jumaat lepas.

Di pasaran utama, jumlah dagangan berkuranga­n kepada 4.62 bilion unit bernilai RM8.15 bilion berbanding 4.81 bilion unit bernilai RM8.11 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran naik kepada 1.19 bilion unit bernilai RM196.45 juta berbanding 1.15 bilion unit bernilai RM213.87 juta sebelumnya.

Pasaran ACE susut kepada 1.34 bilion saham bernilai RM145.10 juta daripada 1.58 bilion saham bernilai RM199.33 juta sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia