Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan MSM akan saksikan dagangan tidak menentu

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka menyaksika­n dagangan tidak menentu minggu ini dengan harga di antara RM2,500 dan RM2,700 satu tan metrik, kata peniaga.

Peniaga Minyak Sawit Kanan Interband Group, Jim Teh berkata, pasaran mungkin bergerak turun naik dan memasuki tempoh pembetulan ketika pelabur dari Eropah telah membeli bekalan mencukupi menjelang cuti Krismas.

Sementara itu, beliau berkata, cadangan peruntukan yang diumumkan dalam Bajet 2017 dijangka merangsang harga komoditi itu di pasaran tempatan.

“Contohnya, dana RM50 juta telah dicadangka­n untuk penyelidik­an saintifik bagi meningkatk­an kualiti produk minyak sawit dan ini akan membantu merangsang permintaan untuk minyak berkualiti lebih baik,” katanya kepada Bernama.

Bajet 2017 itu telah mencadangk­an peruntukan RM286 juta bagi meningkatk­an eksport komoditi, termasuk minyak sawit, RM20 juta bagi menaik taraf jalan ladang bagi faedah pekebun kecil kelapa sawit dan geran RM30 juta melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia untuk penanaman semula kelapa sawit oleh pekebun kecil.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, November 2016 naik RM78 kepada RM2,759 satu tan metrik, Disember 2016 meningkat RM68 kepada RM2,728 satu tan metrik, Januari 2017 menokok RM66 kepada RM2,724 satu tan metrik manakala Februari 2017 menambah RM64 kepada RM2,721 satu tan metrik.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 257,606 lot berbanding 239,268 lot ming- gu lepas manakala kepentinga­n terbuka melebar kepada 239,476 kontrak berbanding 245,035 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, Oktober Selatan meningkat RM70 kepada RM2,780 satu tan metrik berbanding RM2,710 satu tan metrik Jumaat lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia