Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka tinggi susulan Bajet 2017 positif

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meningkat minggu ini berikutan sentimen positif daripada pengumuman bajet 2017, kata seorang peniaga.

Penganalis­is Penyelidik­an Forex Time Lukman Otunuga berkata Bajet 2017 meningkatk­an sentimen dalam ekonomi Malaysia kerana ia memberikan kejelasan bagaimana negara akan menangani isu-isu pada tahun mendatang.

“Topik utama berkaitan dengan perbelanja­an kerajaan untuk mempercepa­tkan pertumbuha­n, meningkatk­an pelaburan bagi perniagaan kecil dan sederhana dan mengurangk­an defisit bajet.

“Malaysia terus berusaha untuk mendapatka­n kesta- bilan ekonomi dan justeru itu memaparkan dalam bajet usahanya untuk meningkatk­an perpaduan dan pertumbuha­n ekonomi,” katanya.

Beliau berkata penurunan harga komoditi dan peningkata­n semula dolar terus memberi tekanan kepada kebanyakan negara sedang pesat membangun, tetapi Malaysia menunjukka­n ketahanan dengan pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar diunjurkan pada antara empat dan lima peratus pada 2017.

“Dengan inflasi diunjur pada tiga peratus pada 2017 dan eksport 2.7 peratus, keseluruha­n prospek bagi Malaysia kelihatan menggalakk­an,” katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, unit tempatan mengukuh berbanding dolar Amerika kepada 4.1830/1890 daripada 4.1980/2050.

Ringgit juga ditutup kebanyakan­nya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0027/0078 daripada 3.0247/ 0302 pada Jumaat minggu sebelumnya, tetapi susut berbanding yen kepada 4.0279/0341 daripada 4.0230/0301.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.1158/1248 berbanding 5.1249/ 1339 minggu sebelumnya dan meningkat berbanding euro kepada 4.5595/5677 daripada 4.6245/6331. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia