Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan emas dijangka rendah

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka mencatat aliran lebih rendah pada minggu ini berikutan jangkaan pihak Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed) akan menaikkan kadar faedahnya akhir tahun ini.

“Persepsi ketara jelas memberi sokongan terhadap mata wang dolar AS dan mengukuhka­n lagi emas.

“Ini menjadikan emas dalam nilai dolar AS jauh lebih mahal bagi mereka yang memiliki pegangan logam berharga itu dalam mata wang lain,” kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chang Hui Ying kepada Bernama.

Bagaimanap­un, peniaga lain berkata pasaran emas akan turut dipengaruh­i oleh aliran pergerakan ringgit, minggu ini.

Bagi minggu yang baharu berakhir, kontrak hadapan emas didagangka­n lebih tinggi berikutan penyusutan nilai ringgit dan menjadikan emas lebih murah untuk pelabur.

Berdasarka­n perbanding­an Jumaat ke Jumaat, kontrak-kontrak Oktober 2016 menokok 34 mata kepada RM171.10 segram, November 2016 naik 29 mata kepada RM171.25 segram, Disember 2016 menokok 27 mata kepada RM171.50 segram manakala Januari 2017 meningkat 21 mata kepada RM171.35 segram.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 31 lot bernilai RM533,335 berbanding 45 lot bernilai RM767,095, pada minggu sebelumnya.

Kepentinga­n terbuka naik kepada 271 kontrak daripada 270 kontrak, sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia