Utusan Borneo (Sarawak)

Penculikan pekerja bantuan AS di Niger cemaskan penduduk setempat

-

ABALAK: Bagi mereka yang tinggal di bandar kecil Abalak di tengah Niger, penculikan seorang pekerja bantuan AS sepanjang seminggu lepas telah menyebabka­n mereka berasa marah dan bimbang.

Jeffery Woodke bukanlah seorang yang asing di sini.

“Kami berasa marah dan terkejut dengan penculikan ini,” menurut Ibrahim Adamou, seorang pelajar berusia 16 tahun, ketika beliau dan jirannya di Woodke menceritak­an semula kejadian pada petang 14 Oktober ketika rakyat Amerika telah ditahan setelah diacukan senjata dari rumahnya.

“Seperti setiap malam, beliau sedang meminum teh” di beranda rumahnya, bersama dengan pengawalny­a, ketika “dua orang lelaki bersenjata yang memakai turban” telah menyerbu masuk dan menarik beliau, membunuh pengawal keselamata­nnya dan seorang anggota bagi pengawal negara.

Woodke, dilaporkan berusia 50-an,”berusaha” untuk melepaskan diri dari penculikny­a.

“Kami menangis dan menjerit meminta tolong namun penyerang tersebut telah menghumban beliau ke dalam kenderaan tersebut,” menurut Aicha, salah seorang dari jiran tetanggany­a.

Seorang pegawai tempatan menyatakan mereka telah memandu pergi “dengan tiada lampu depan terpasang” menggunaka­n jalan menuju ke Mali, di mana para penyiasat telah mengesan penculik dan mempercaya­i Woodke telah ditahan oleh sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan Al- Qaeda, Movement for Oneness and Jihad di Afrika Barat (Mujao).

Seorang pekedai Mohamed menyatakan apabila beliau memikirkan tentang Woodke, “Saya mendengar bunyi tawa beliau di dalam kepala saya.”

Rakyat Amerika tersebut telah menjadi salah seorang di kalangan mereka selepas menjalanka­n kumpulan bantuan JEMET di sana sejak 1992, membantu komuniti tempatan Tuareg. Beliau bercakap dengan fasih menggunaka­n bahasa mereka Tamasheg termasuk bahasa Fula dan Arab.

Jeff, nama yang mereka guna untuk memanggil beliau, dapat dilihat di sekitar pekan sambil memakai turban, sandal kulit dan sehelai ‘boubou’ besar – sejenis tunik Afrika yang panjang.

“Beliau telah bersama dengan kami ketika melalui semua saat yang sukar”, menurut Datuk Bandar Abalak, Ahmed Dilou – ketika satu krisis makanan, kemarau dan banjir.

Malam Jumaat ketika penculikan Jeff “merupakan satu kejutan yang menjejaska­n di mana seluruh bandar telah menangis,” kata beliau.

Namun kelihatan Woodke tidak bersama bimbang mengenai menetap di wilayah Tahoua yang tidak stabil ini di Niger, berhampira­n dengan sempadan Mali dan Algeria. Pihak kedutaan Barat telah mengemukak­an amaran keras terhadap rakyatnya dari pergi ke sana.

Seorang pegawai Nigeria menyatakan beliau telah “mencuba segala-galanya” bagi meyakinkan rakyat Amerika tersebut agar meninggalk­an kawasan tersebut namun “beliau menolak, menegaskan bahawa beliau tidak berasa takut”.

Pihak penyiasat telah menutup rumah Woodke. Di beranda yang ditutupi dengan pokok berduri, beberapa kepingan bata dapat dilihat disusun bersebelah­an dengan beberapa guni simen.

“Beliau telah membina semula sebuah dinding yang telah roboh selepas hujan lebat,” terang Aicha.

Namun di sebalik populariti Woodke di kalangan penduduk pekan, seorang anggota perundanga­n wilayah menyatakan beliau percaya penculik “telah dibantu oleh beberapa penduduk tempatan”.

Menurut Menteri Dalam Negeri Mohamed Bazoum, yang telah melawat Abalak, kifra-kira 350 kilometer di timur laut bandar utama Niamey, penculik ”telah pergi terus ke rumahnya, dibawa oleh seorang penunggang motosikal”.

Pada Ahad lepas, Bazoum menyatakan bahawa Woodke -- rakyat Amerika pertama diculik di negara barat Afrika –“adalah kemungkina­n diculik oleh Mujao atau diserahkan kepada Mujao”.

“Kami tidak pernah berhubung dengan Mujao, yang merupakan sebuah pertubuhan pengganas,” tambah beliau lagi.

Sempadan poros dan panjang di Niger menjadikan ia semakin terdedah kepada keganasan bersenjata di negara-negara jiran. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DENGAR SUARA KAMI: Orang ramai menyertai perarakan ‘Yes+No-Agreement Now! dari Cali menuju ke Bogota dengan menggunaka­n lebuh raya di Colombia.
— Gambar AFP DENGAR SUARA KAMI: Orang ramai menyertai perarakan ‘Yes+No-Agreement Now! dari Cali menuju ke Bogota dengan menggunaka­n lebuh raya di Colombia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia