Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas banduan Guantanamo tamatkan mogok lapar bakal tinggalkan Uruguay

-

MONTEVIDEO: Seorang bekas banduan Guantanamo menetap semula di Uruguay yang melakukan mogok lapar bagi menuntut penempatan semula ke negara lain telah menghentik­an bantahanny­a selepas menerima satu tawaran.

Jihad Diyad dari Syria, yang telah memulakan mogok laparnya selama lebih dari dua bulan lepas, menamatkan bantahanny­a dan akan pergi ke sebuah negara baharu, umum kumpulan Vigilia por Diyab (Diyab Watch), tanpa menjelaska­n destinasi selanjutny­a.

“Selepas mogok lapar selama 68 hari, tuntutan Jihan Diyab bagi haknya untuk disatukan semula dengan keluargany­a telah mencapai satu peringkat pertengaha­n… dengan kesihatann­ya sekarang menjadi satu isu yang sangat serius, dia telah menerima satu tawaran untuk pergi,” menurut kumpulan tersebut dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa lelaki berusia 45 tahun itu sedang menjalani rawatan pengehadan pengambila­n makanan.

Diyab adalah salah seorang daripada enam orang bekas banduan Guantanamo yang ditempatka­n semula di Uruguay sebagai pelarian pada 2014, sebahagian daripada satu perjanjian dengan Amerika Syarikat bagi membantu menutup penjara kontrovers­i itu yang telah ditubuhkan ketika kemuncak serangan 11 September.

Lelaki tersebut telah beberapa kali berbalah dengan pihak berkuasa Uruguay mengenai elaun hidup mereka dan perumahan, dan mengadu berasa terpencil di negara berbahasa Sepanyol, yang secara asasnya adalah bukan negara Islam.

Diyab telah meminta untuk dipindahka­n di tempat lain dan disatukan semula dengan keluargany­a, menyatakan dia tidak mempunyai cara untuk menanggung mereka di Uruguay. — AFP

 ??  ?? SIASAT: Anggota polis dan bomba bekerjasam­a menyiasat tempat kejadian di tempat parkir kereta di Utsunomiya, Tokyo, Jepun.
SIASAT: Anggota polis dan bomba bekerjasam­a menyiasat tempat kejadian di tempat parkir kereta di Utsunomiya, Tokyo, Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia