Utusan Borneo (Sarawak)

Lanun Somalia bebaskan 26 tebusan Asia

Mangsa ditawan setelah kapal nelayan tempat mereka bekerja dirampas pada Mac 2012

-

NAIROBI: Lanun- lanun Somalia telah membebaska­n 26 tebusan Asia yang telah ditahan selama hampir lima tahun selepas merampas kapal nelayan mereka, kapal komersil terakhir yang dirampas ketika keganasan lanun di negara ini semakin meningkat, menurut anggota perunding kelmarin.

Kru bagi kapal Naham 3, tebusan kedua paling lama ditahan oleh lanun Somalia, telah dijadikan tawanan ketika kapal mereka yang didaftarka­n di Omani telah dirampas pada Mac 2012 di selatan Seychelles.

“Kami dengan berbesar hati ingin mengumumka­n pembebasan kru Naham 3 pada awal pagi ini,” menurut John Steed, penyelaras bagi Hostage Support Partners (HSP) yang membantu berunding bagi pembebasan mereka.

Steed, seorang pesara kolonel tentera British yang telah menjadikan sebagai misinya untuk menyelamat­kan “tebusan yang dilupakan” memberitah­u AFP misi untuk menghantar pulang kru kepada keluarga mereka masih mempunyai satu halangan” untuk mengeluark­an mereka dari bandar Galkayo, di mana pertempura­n telah berlaku di antara pasukan tentera dari negara wilayah musuh Puntland dan Galmudug.

“Terdapat pertempura­n di Galkayo maka ia sangat berbahaya buat masa sekarang, mereka telah berbalas tembakan malam tadi. Kami akan pergi pada awal pagi esok sekiranya pertempura­n berhenti dan membawa mereka kembali ke Nairobi untuk perubatan dan membersihk­an diri.”

Pertempura­n di Galkayo telah menyebabka­n sekurangku­rangnya 11 terbunuh dan lebih 50,000 kehilangan tempat tinggal pada bulan ini, menurut agensi kemanusiaa­n PBB pada minggu lepas.

Sebaik sahaja dibawa kelu- ar, kru tersebut, berasal dari Kemboja, China, Indonesia, Filipina, Taiwan dan Vietnam, akan dihantar pulang ke negara asal dan keluarga mereka.

“Mereka telah menghabisk­an masa lebih empat tahun enam bulan dalam keadaan amat teruk jauh dari keluarga mereka,” menurut Steed.

Beliau menyatakan kru sebagai kekurangan nutrisi dan salah seorang daripada tebusan mempunyai kecederaan akibat tembakan pada kakinya, seorang lagi telah mengalami serangan angin ahmar dan seorang lagi menderita akibat kencing manis.

Lanun-lanun pada mulanya telah menjadikan 29 orang sebagai tebusan mereka, namun seorang meninggal dunia semasa rampasan, dan dua orang lagi “meninggal dunia akibat sakit” semasa mereka ditawan, menurut satu kenyataan dari Oceans Beyond Piracy (OBP).

Steed menyatakan rundingan yang mengambil masa selama 18 bulan melibatkan rundingan dengan ketua komuniti, puak dan agama.

Beliau menolak untuk memberikan komen mengenai maklumat sepenuhnya, namun menyatakan usaha bagi pembebasan tebusan adalah penuh dengan halangan dan usaha “keberanian.”

Kapal Naham 3 pada asalnya ditambat pada sebuah kapal lain yang dirampas, MV

Albedo, yang telah dirampas pada November 2010 dan dibebaskan oleh pihak HSP pada 2014.

Ketika MV Albedo mula untuk karam “orang tersebut telah terjun ke dalam air dan menyelamat­kan kru yang hampir lemas,” kata Steed.

Beliau menyatakan ketika Naham 3 karam, setahun selepas penahanann­ya, “mereka kemudianny­a dibawa ke darat di mana mereka telah berada sejak itu bersama dengan lanun-lanun yang melakukan tuntutan yang semakin tidak rasional.”

“Pembebasan kru Naham 3 mewakili berakhirny­a penahanan pelaut terakhir yang dijadikan sebagai tebusan semasa kegiatan lanun Somali,” kata beliau.

Hanya satu kumpulan kru nelayan Thai, dibebaskan pada Februari tahun lepas selepas hampir lima tahun dalam tawanan, ditahan lebih lama oleh lanun Somali.

Ramai daripada tebusan yang dibiarkan menderita di tangan lanun-lanun adalah nelayan miskin.

“Sekiranya anda tidak mempunyai insurans atau anda adalah sebuah kapal kecil miskin tiada sesiapa yang akan membantu mengeluark­an kamu,” terang Steed.

Kapal komersil utama yang pertama dirampas oleh lanun Somalia pada 2005 dan industri berkembang di sebuah negara yang terjejas akibat perang saudara dan dengan kekurangan pekerjaan dan tiada kerajaan pusat.

Pada 2012 kos bagi kegiatan lanun Somalia terhadap ekonomi global di antara $5.7 dan $6.1 bilion dan ketika kemuncak pada Januari 2011, lanun Somalia telah menahan 736 orang tebusan dan 32 buah bot.

Menurut kepada OBP, ketika jumlah keseluruha­n telah menurun di Lautan Indian Barat, lanun di wilayah pada 2015 telah menyerang sekurang- kurangnya 306 pelaut.

Ketika terdapat tiada satu serangan yang berjaya ke atas sebuah kapal komersil sejak 2012, terdapat juga beberapa buah bot nelayan dan masih terdapat 10 tebusan rakyat Iran yang ditahan pada 2015 dan tiga orang mangsa penculikan Kenya – seorang adalah wanita lumpuh dan sakit tenat – di tangan lanun, menurut Steed. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia