Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan pencinta seni AS sumbang koleksi kepada Paris

-

PARIS: Satu pasangan dari Texas yang mendapati minat mereka terhadap hasil seni semasa satu kunjungan ke Paris pada tahun 1970 akan menyumbang­kan koleksi mereka yang bernilai berjuta- juta dolar yang mereka telah kumpul sejak pergi ke bandar utama Perancis itu.

Ahli perniagaan Spencer Hays dan isterinya Marlene telah berada di bandar kelmarin untuk merasmikan ansuran pertama bagi sumbangan mereka – 187 hasil seni termasuk beberapa hasil dari Edgar Degas dan Amedeo Modigliani bernilai kira- kira 173 juta euro – kepada Musee d’Orsay.

“Ketika Marlene dan saya membesar di sebuah pekan kecil di Gainesvill­e, Texas, melawat Perancis merupakan sesuatu yang jauh dari bayangan kami berdua. Namun pada 1971 kami telah melakukan lawatan pertama kami ke Paris, dan kisah cinta kami dengan negara yang menarik ini pun bermula,” Hays memberitah­u orang ramai yang termasuk Presiden Francois Hollande di Istana Elysee.

“Selepas kematian kami, koleksi kami akan dihadiahka­n kepada rakyat Perancis bagi kepentinga­n para pencinta seni di seluruh dunia. Namun, apa yang lebih penting bagi kami, koleksi ini merupakan legasi kami,” tambah beliau.

Pasangan tersebut, kedua- duanya berusia 80 tahun dan telah berkahwin selama 60 tahun, mempunyai satu koleksi bagi kira- kira 600 hasil seni dari lewat kurun ke- 19 dan awal 20-an bernilai 350 juta euro -- dan ia semakin bertambah.

“Orang yang mengenali anda mengetahui tentang koleksi anda menjadi semakin besar sekitar 14 Julai dan 7 Disember, kerana itu merupakan tarikh lahir anda. Dan pada tahun ini, sekali lagi, Marlene, kamu memberikan Spencer sebuah Matisse, dan kamu, Spencer, memberikan Marlene sebuah Modigliani... Ia bukannya sesuatu yang mudah untuk berdepan dengan itu,” kata Hollande.

Presiden tersebut menambah bahawa pasangan itu telah memberikan Perancis bukan sahaja koleksi mereka, namun juga “akses bagi kebudayaan untuk se- mua orang”.

“Perbuatan anda, sumbangan anda, membanggak­an Republik Perancis,” kata beliau semasa satu majlis di mana pasangan tersebut telah menerima penganuger­ahan bagi ko- mander Legion d’Honneur, salah satu dari penghormat­an tertinggi di negara ini. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DERMA: Marlene (kiri) menandatan­gani dokumen sambil disaksikan Spencer (tengah) dan yang lain di Paris, Perancis.
— Gambar Reuters DERMA: Marlene (kiri) menandatan­gani dokumen sambil disaksikan Spencer (tengah) dan yang lain di Paris, Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia