Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Putih kecam penggunaan senjata kimia oleh k’jaan Syria

-

WASHINGTON: Kelmarin pihak Rumah Putih telah mengecam tentang penggunaan senjata kimia oleh pihak kerajaan Syria selepas satu siasatan antarabang­sa mendapati pasukan tenteranya bertanggun­gjawab bagi satu serangan gas toksik ketiga di dalam perang saudara Syria.

Laporan keempat hasil siasatan selama 13 bulan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Organisasi bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), badan pemerhati senjata kimia global, telah mempersala­hkan pasukan tentera kerajaan Syria bagi satu serangan gas toksik di Qmenas di daerah Idlib pada 16 Mac, 2015, menurut kepada satu teks laporan yang dilihat oleh Reuters.

Pada Ogos lepas, laporan ketiga bagi siasatan telah mempersala­hkan kerajaan pimpinan Presiden Syria Bashar al-Assad bagi dua serangan klorin di Talmenes pada 21April , 2014 dan Sarmin pada 16 Mac, 2015 dan menyatakan para pejuang Islamic State telah menggunaka­n gas mustard sulfur.

“Kami mengecam dalam bentuk yang paling tegas bagi keingkaran rejim Assad terhadap norma global selama ini menentang penggunaan senjata kimia dan pembatalan Syria bagi tanggungja­wabnya di bawah Konvensyen Senjata Kimia, yang disertainy­a pada 2013,” jurucakap Majlis Keselamata­n Negara Rumah Putih Ned Price berkata di dalam satu kenyataan kelmarin.

Price menyatakan bahawa sokongan ketenteraa­n dan ekonomi Rusia kepada Rusia membolehka­n rejim Assad untuk meneruskan kempen ketenteraa­nnya menentang rakyatnya sendiri.

Sekiranya dihidu, gas klorin akan bertukar menjadi asid hidroklori­k di dalam paruparu dan boleh membunuh dengan membakar paru-paru serta melemaskan mangsa.

Laporan keempat telah dikemukaka­n kepada Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Jumaat lepas membentuk pentas bagi satu perbincang­an di antara lima kuasa berkuasa veto, kemungkina­n melibatkan Rusia dan China terhadap Amerika Syarikat, Britain dan Perancis tentang bagaimana mereka yang bertanggun­gjawab harus dihukum. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia