Utusan Borneo (Sarawak)

Colombia dan pemberonta­k mulakan rundingan damai

-

HAVANA: Kerajaan Colombia dan pemberonta­k Marxis FARC kelmarin telah memulakan rundingan mengenai bagaimana untuk melaksanak­an satu perjanjian damai, menolak di dalam satu referendum pada bulan lepas, yang mungkin akan menamatkan perang saudara paling lama di Amerika Latin.

“Pertemuan dengan para delegasi dan penasihat kerajaan dan pihak FARC di Havana bermula dengan dialog yang konstrukti­f. Mari melaksanak­an kedamaian,” menurut pihak kerajaan di dalam Twitter.

“Ia adalah satu suasana yang optimistik. Mari mencapai kedamaian,” perunding utama FARC Timoleon Jimenez (Timochenko) menyatakan di dalam Twitter.

Kedua-dua pihak sedang “cuba untuk mencari asas yang biasa,” menurut beliau.

Santos yang mempertaru­hkan legasinya bagi menghasilk­an kedamaian telah melanjutka­n gencatan senjata pihak tenteranya sehingga 31 Disember sekiranya tiada jalan penyelesai­an bagi ketegangan telah dicapai oleh mereka.

FARC, yang telah mengkritik tarikh akhir Santos, juga telah mengesahka­n kesanggupa­nnya untuk meneruskan rundingan dan mengekalka­n satu gencatan senjata dua pihak.

Pemimpin Colombia tersebut telah memenangi Hadiah Kedamaian Nobel hanya beberapa hari selepas pengundi menentang perjanjian bersejarah dalam satu referendum yang akan menamatkan konflik selama 52 tahun.

Sejak penolakan perjanjian pada 2 Oktober, Santos telah mengadakan rundingan berterusan dengan ahli politik termasuk bekas presiden negara Alvaro Uribe yang mengetuai tentangan terhadap perjanjian itu termasuk para pemimpin agama dan mangsa bagi kon- flik bersenjata.

Di bawah perjanjian damai yang telah ditolak di dalam referendum, dianggarka­n seramai 7,500 pejuang FARC akan melucutkan senjata mereka di bawah penyeliaan PBB.

Santos telah melancarka­n rundingan dengan Revolution­ary Armed Forces of Colombia (FARC) selepas menjawat jawatannya pada 2010, dengan kedua- dua pihak telah mempersetu­jui satu perjanjian bersejarah pada 24 Ogos bagi menamatkan konflik, yang telah meragut 260,000 nyawa.

Namun terdapat tiada gencatan senjata dilakukan dengan kumpulan pejuang yang lebih kecil Tentera Pembebasan Negara (ELN).

FARC dan ELN telah berperang dengan pihak negara sejak 1964.

ELN telah dianggarka­n sebagai suku dari saiz FARC, dengan kira- kira 1,500 pejuang. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia