Utusan Borneo (Sarawak)

KEJAYAAN TERBUKTI

Lebih banyak kejohanan sukan taraf antarabang­sa akan dianjurkan di negeri ini, tegas Abdul Karim

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Kerajaan Negeri akan terus berusaha membawa masuk lebih banyak kejohanan bertaraf antarabang­sa untuk dianjurkan di Sarawak, kata Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, penganjura­n Kejohanan Terjun Siri Grand Prix Dunia Persekutua­n Renang An t a r a b a n g s a (FINA) berakhir kelmarin memb uk t i k a n ke j a y a a n Sa r a w a k dalam beke rj a s a m a melaksanak­an kejohanan bertaraf dunia.

“Kita berjaya menamatkan saingan k e - johanan terjun FINA dengan kerjasama Persatuan Renang Amatur Malaysia ( ASUM) dan Persatuan Renang Amatur Sarawak ( ASAS),” katanya pada majlis penutupan kejohanan itu di sini kelmarin. Justeru itu, Abdul Karim berharap kejohanan serupa dapat diadakan semula di Sarawak. Me n g u - las ber- hubung peruntukan RM1.2 bilion untuk sukan dalam pembentang­an Bajet 2017, beliau berkata ia akan digunakan untuk menganjurk­an Sukan SEA dan Sukan Para Asean Ke-9 serta tujuan promosi sukan.

Katanya, lebih RM400 juta telah diperuntuk­an untuk tujuan itu dan beliau akan memastikan ia turut disalurkan kepada Sarawak.

“Kita akan sentiasa berusaha untuk menarik kemasukan penganjura­n sukan antarabang­sa di negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendedahka­n kejohanan badminton Malaysian Masters akan diadakan di Sibu

pada Januari ta- hun depan dan perkara itu telah disahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menjelaska­n perkara itu, Abdul Karim berkata penganjura­n itu bakal menarik ramai pemain terkemuka seluruh dunia untuk menyertai kejohanan berprestij itu.

“Selain memperting­kat kemudahan sukan, kita juga mahu memperkena­l Sarawak di mata dunia walaupun venue Sukan SEA telah diputuskan namun kita akan terus membawa beberapa acara untuk diadakan di Sarawak.

“Selepas Sukan Malaysia (SUKMA) lalu, kita mempunyai beberapa venue yang menepati piawaian antarabang­sa,” katanya.

Abdul Karim berkata, meskipun Sukan SEA tidak diadakan di Sarawak namun pihaknya terus menganjurk­an kejohanan peringkat antarabang­sa mahupun kebangsaan di negeri ini.

 ??  ??
 ??  ?? BANGGA: Abdul Karim bercakap kepada media selepas merasmikan penutupan Kejohanan Terjun Siri Grand Prix Dunia Persekutua­n Renang Antarabang­sa (FINA) di Kuching kelmarin.
BANGGA: Abdul Karim bercakap kepada media selepas merasmikan penutupan Kejohanan Terjun Siri Grand Prix Dunia Persekutua­n Renang Antarabang­sa (FINA) di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia