Utusan Borneo (Sarawak)

INDUSTRI PERFILEMAN MAMPU PROMOSI KEUNIKAN WARISAN, KEBUDAYAAN

-

perfileman berupaya menjadi pendekatan terbaik dalam usaha untuk mempromosi keunikan warisan dan kebudayaan negeri ini.

Menurut Pegawai Perhubunga­n Awam Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak Mohd Hassnal Hakim Junaidi, ia juga boleh menjadi platform mencermink­an nilai positif di Sarawak seperti kekayaaan nilai budaya dan warisan, termasuk keharmonia­n sosial, tarikan semula jadi dan potensi perkembang­an ekonomi negeri.

Malah katanya, dalam usaha untuk menggalak serta mengukuhka­n bakat tempatan yang berupaya menyumbang ke arah industri perfileman tempatan, AZAM Sarawak dengan kerjasama ‘Meet the Borneons’ menganjur Malam Pertemuan Penggiat Filem Muda Kuching, di Kuching baru-baru ini.

“Objektif penganjura­n acara ini ialah untuk menyediaka­n peluang kepada penggiat filem tempatan kita untuk mempersemb­ahkan karya seni mereka sekali gus empromosi Sarawak di mata dunia,” katanya ketika ditemui pemberita, baru-baru ini.

Acara yang turut mendapat sokongan daripada Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (MOTAC) itu menyaksika­n lima penggiat filem yang memberi inspirasi turut serta iaitu Jerry Chua, Emily Yii, Fabian Hee, Jeremy Jacky dan Lily Chai yang berkesempa­tan mempersemb­ahkan filem pendek karya masingmasi­ng kepada ratusan warga kota yang berada di Godown Amphitheat­re, Tebingan Kuching.

Penggiat filem tersebut merupakan peserta Pertanding­an Video Pendek AZAM termasuk ‘Sarawak Movie in the Rainforest­s’ dan ‘Kuching... City of Unity’ yang memberi minda dan idea kreatif untuk mempamerka­n pandangan mereka terhadap keharmonia­n yang ada di bandar raya Kuching dan mempamer potensi penggiat filem Sarawak kepada penggiat filem bertaraf dunia.

“Menerusi filem yang mereka hasilkan, kita juga dapat menyaksika­n sikap positif dan nilai moral yang baik dalam kalangan rakyat Sarawak yang tinggal dalam suasana harmoni dalam kepelbagai­an kaum

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Peserta Malam Pertemuan Penggiat Filem Muda Kuching merakam gambar beramai-ramai.
UNTUK ALBUM: Peserta Malam Pertemuan Penggiat Filem Muda Kuching merakam gambar beramai-ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia