Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja berusia 16 tahun antara 33 individu ditangkap terlibat judi

-

KUCHING: Remaja berusia 16 tahun antara 33 individu ditangkap dalam 14 serbuan membantera­s kegiatan perjudian yang dijalankan di negeri ini dalam tempoh 17 hingga 23 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, individu- individu ditangkap termasuk seorang warga asing itu berusia dalam lingkungan 16 hingga 62 tahun di mana 27 daripadany­a ialah lelaki manakala selebihnya wanita.

“Sebanyak 14 serbuan itu membawa kepada penangkapa­n 33 individu yang terlibat dalam mempromosi­kan loteri tanpa lesen, judi atas talian dan mengendali­kan mesin perjudian.

“Wang tunai berjumlah RM4,253 turut dirampas dalam serbuan-serbuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pasukan JSJ Sarawak turut turun padang dengan menjalanka­n tiga serbuan, sementara JSJ Kuching (empat), Miri (dua) manakala Sibu, Padawan, Bintulu, Serian, Limbang masing-masing satu serbuan.

Sebanyak 11 daripada serbuan itu berkaitan nombor loteri haram manakala tiga lagi adalah judi atas talian dan mesin judi.

“Sebelas serbuan nombor loteri tanpa lesen itu menjurus kepada penangkapa­n 14 individu yang terlibat secara aktif mempromosi­kan aktiviti haram tersebut,” katanya.

Pelbagai barangan dirampas termasuk mesin cetak mudah alih, telefon bimbit, kalkulator, lejar pertaruhan, slip dan wang tunai berjumlah RM2,769.

Tiga serbuan judi atas talian dijalankan di Kuching dan Miri membawa kepada penangkapa­n 19 individu dan rampasan 36 komputer dan mesin-mesin ikan yang digunakan untuk berjudi.

Serbuan- serbuan itu dijalankan di pelbagai tempat di mana empat daripadany­a dibuat di rumah kedai, kaki lima (dua), kedai kopi (tiga), kedai runcit (dua) dan kedai telefon bimbit (tiga).

 ??  ?? DISERBU: Salah satu sarang judi atas talian yang diserbu JSJ baru-baru ini.
DISERBU: Salah satu sarang judi atas talian yang diserbu JSJ baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia