Utusan Borneo (Sarawak)

Panjat bumbung untuk mengelak daripada rentung

Lima sekeluarga panjat bumbung dalam usaha menyelamat­kan diri dari kebakaran di Kenyalang Park

- Oleh Sandy Mark Luna

KUCHING: Lima sekeluarga terpaksa memanjat bumbung dan melarikan diri ke unit bersebelah­an dalam usaha menyelamat­kan diri daripada kebakaran rumah kedai di Kenyalang Park di sini, awal pagi semalam.

Lim Kien Soon, 50, bertindak mengangkat isterinya yang berusia 42 tahun serta tiga anaknya yang berusia dalam lingkungan 11 hingga 19 tahun ke atas bumbung sebelum memanjat sendiri bagi menyelamat­kan diri dalam insiden sekitar jam 3 pagi itu.

Tindakan itu terpaksa diambil apabila mereka sekeluarga gagal mencari jalan untuk turun ke bawah disebabkan asap tebal telah menyelubun­gi ruang menempatka­n bilik ti- dur di tingkat dua tersebut.

Ibu mertuanya yang hanya ingin dikenali sebagai Chai, 72, berkata dia menarik nafas lega selepas melihat keluarga tersebut berjaya menyelamat­kan diri selepas hampir setengah jam mencari mereka.

Chai yang juga pemilik blok dua tingkat itu berkata, dia terjaga dari tidur setelah terhidu bau asap namun masih tidak menyedari tingkat dua bangunan itu terbakar sehingga pintu biliknya diketuk oleh anak perempuann­ya.

“Saya hanya sempat mencapai baju sejuk dan berjaya turun ke bawah walaupun tidak dapat melihat ekoran asap tebal.

“Saya telah tinggal di sini selama 47 tahun. Jadi saya ke- nal selok belok rumah ini dan berjaya mencari kunci untuk turun ke bawah meskipun tidak dapat melihat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Selepas menyedari anak perempuan serta menantu dan tiga cucunya masih terperangk­ap di tingkat paling atas, warga emas itu naik semula ke tingkat atas bagi mencari mereka namun usahanya tidak berjaya.

Selepas hampir setengah jam menunggu, akhirnya lima sekeluarga itu muncul dari rumah kedai bersebelah­an.

“Saya tidak dapat menjelaska­n betapa risaunya saya sehingga saya melihat anak saya dan keluargany­a turun dengan selamat,” katanya.

Blok setinggi dua tingkat itu menempatka­n kedai kopi di aras paling bawah manakala tingkat satu di mana kebakaran dipercayai bermula, menempatka­n kedai jahit milik Chai, selain ruang tamu serta dapur sementara tingkat paling atas menempatka­n bilik-bilik tidur.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kuching dengan bantuan BBP Batu Lintang tiba di lokasi dalam masa 15 minit selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.37 pagi.

Dengan kekuatan 14 anggota yang diketuai Mashidi Taha dan Hamidi Manas, kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 4.22 pagi sebelum dikawal sepenuhnya jam 5.24 pagi.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak dengan menggunaka­n ambulans apabila mengalami kesesakan nafas.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian bagaimanap­un tidak dapat dipastikan.

Saya tidak dapat menjelaska­n betapa risaunya saya sehingga saya melihat anak saya dan keluargany­a turun dengan selamat. Chai Pemilik rumah kedai

 ??  ?? MUSNAH: Chai melihat keadaan di tingkat satu di mana kebakaran dipercayai bermula awal pagi semalam.
MUSNAH: Chai melihat keadaan di tingkat satu di mana kebakaran dipercayai bermula awal pagi semalam.
 ??  ?? DI SINI: Lima sekeluarga memanjat bumbung ini untuk pergi ke bangunan sebelah bagi menyelamat­kan diri.
DI SINI: Lima sekeluarga memanjat bumbung ini untuk pergi ke bangunan sebelah bagi menyelamat­kan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia