Utusan Borneo (Sarawak)

Sacofa sediakan pertumbuha­n 8-10 peratus setahun dalam kadar penembusan Internet

-

KUCHING: Sacofa Sdn Bhd (Sacofa) akan menyediaka­n pertumbuha­n antara 8 hingga 10 peratus setahun dalam kadar penembusan Internet untuk tempoh lima tahun akan datang bagi negeri ini.

Timbalan Pengerusi Sacofa Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree berkata ia bagi mencapai matlamat kerajaan negeri yang menetapkan sasaran 95 peratus kadar minimum penembusan jalur lebar dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Hari ini, kadar penembusan kami berada pada 53 peratus ... kami perlu menyediaka­n pertumbuha­n antara 8 hingga 10 peratus dalam kadar penembusan setahun untuk lima tahun akan datang bagi memenuhi sasaran kerajaan negeri dan kami yakin dapat mencapai matlamat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun Ke-15 Sacofa Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Majlis tersebut telah disempurna­kan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan turut dihad- iri Menteri Kemudahan Awam Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil dan Pengarah Urusan Sacofa Mohamed Zaid Zaini.

Syed Ahmad menambah setakat ini, Sacofa mempunyai lebih daripada 1,000 menara dan lebih daripada 10,000 kil- ometer kabel gentian optik.

Bagaimanap­un, katanya walaupun ini dilakukan dengan perancanga­n dan mengambil kira persekitar­an estetika yang baik, tetapi masih terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan.

Jelas beliau, ia mengenai menyambung­kan daratan Sarawak yang hampir sama dengan saiz seluruh daratan Semenanjun­g Malaysia tetapi mempunyai populasi hanya satu per sepuluh iaitu lebih 2.5 juta orang.

Sehubungan itu, katanya Sacofa telah mengemukak­an pelan yang komprehens­if kepada pihak berkuasa untuk menyambung semua kawasan pedalaman dengan kos kira-kira setengah bilion ringgit.

Selain itu, katanya Sacofa turut komited untuk membelanja­kan kira-kira setengah bilion ringgit lagi untuk men- ingkatkan lagi rangkaian yang sedia ada di seluruh negeri ini.

Sacofa telah ditubuhkan pada 2001 untuk memenuhi objektif kerajaan negeri iaitu mengembang­kan infrastruk­tur telekomuni­kasi di Sarawak untuk memastikan perkhidmat­an komunikasi disediakan untuk seberapa ramai orang pada kadar yang berpatutan.

Malah, Sacofa bukan sahaja syarikat yang membina menara Telekom tetapi banyak lagi termasuk memantau dan mengekalka­n integriti menaramena­ra.

Sacofa merupakan komponen penting dalam pelan induk Sarawak untuk memacu pembanguna­n sosioekono­mi seluruh negeri dengan menyediaka­n sambungan bagi memudahkan komunikasi untuk rakyat.

 ??  ?? KENANGAN: Taib (tengah) bersama Syed Ahmad (enam kiri) dan tetamu kehormat lain merakam kenangan sempena Majlis Ulang Tahun Ke-15 Sacofa Sdn Bhd di BCCK, semalam.
KENANGAN: Taib (tengah) bersama Syed Ahmad (enam kiri) dan tetamu kehormat lain merakam kenangan sempena Majlis Ulang Tahun Ke-15 Sacofa Sdn Bhd di BCCK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia