Utusan Borneo (Sarawak)

Sacofa disaran perluas rangkaian telekomuni­kasi

Bina lebih banyak lagi menara telekomuni­kasi di kawasan luar bandar negeri ini, kata Tun Taib

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyaranka­n kepada Sacofa Sdn Bhd (Sacofa) untuk terus memperluas­kan rangkaian telekomuni­kasi menerusi pembinaan lebih banyak lagi menara telekomuni­kasi di kawasan luar bandar negeri ini.

Menurut beliau, inisiatif itu sangat penting bagi menyediaka­n kemudahan terutama kepada generasi muda untuk mengikuti perkembang­an semasa melalui akses Internet dan pada masa sama meningkatk­an kualiti pendidikan di luar bandar.

“Saya ingin Sacofa menyambung Sarawak ke seluruh dunia melalui satelit dengan menyediaka­n menara telekomuni­kasi di segenap kawasan luar bandar.

“Saya pasti ini adalah sumbangan yang besar kepada anak-anak kita di mana ia membolehka­n mereka menjadi sebaik kanak-kanak seperti di Semenanjun­g Malaysia.

“Ini kerana, melalui telekomuni­kasi ia dapat membantu anak-anak kita menikmati sistem pendidikan dan masa depan yang lebih baik menerusi bakat dan keupayaan bergerak seiring dengan perubahan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun Ke-15 Sacofa di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, kelmarin.

Turut hadir Menteri Kemudahan Awam Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Pengerusi Sacofa Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree dan Pengarah Urusan Sacofa Mohamed Zaid Zaini.

Tun Taib berkata walaupun untuk mendapatka­n sambungan satelit memerlukan kos yang sangat mahal namun ia sangat diperlukan untuk membangunk­an masyarakat dan negeri ini.

“Kita mahu semua anak kita dapat dibangunka­n dalam program pendidikan masa depan iaitu melalui telekomuni­kasi.

“Oleh itu, saya ingin tegaskan bahawa Sacofa mempunyai tugas yang besar dan memerlukan sokongan daripada kerajaan negeri termasuk sektor swasta untuk memastikan penyebaran pendidikan kita tidak akan diganggu disebabkan kesukaran yang mungkin timbul daripada gangguan kemudahan komunikasi,” katanya.

Saya ingin Sacofa menyambung Sarawak ke seluruh dunia melalui satelit dengan menyediaka­n menara telekomuni­kasi di segenap kawasan luar bandar. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

 ??  ?? LOGO BAHARU: Tun Taib melakukan simbolik pelancaran logo baharu Sacofa sambil disaksikan Rundi (kiri), Syed Ahmad (kanan) dan tetamu kehormat lain.
LOGO BAHARU: Tun Taib melakukan simbolik pelancaran logo baharu Sacofa sambil disaksikan Rundi (kiri), Syed Ahmad (kanan) dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia