Utusan Borneo (Sarawak)

Koperasi mampu bangunkan ekonomi luar bandar

Koperasi juga menjadi medium menyatukan masyarakat seterusnya mewujudkan kuasa pengguna

- Oleh Kepu Sidi

ROBAN: Kewujudan koperasi mampu membangunk­an ekonomi komuniti luar bandar dan seterusnya meningkatk­an daya saing dalam dunia perniagaan yang serba mencabar ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz berkata selain berfungsi sebagai penggerak dan penyumbang ekonomi, koperasi juga menjadi medium menyatukan masyarakat seterusnya mewujudkan kuasa pengguna.

Katanya koperasi adalah tunjang ekonomi negara ketiga terbesar dan kerajaan sentiasa mengenal pasti kaedah relevan untuk membangunk­an koperasi dengan lebih aktif.

“Sehubungan itu, koperasiko­perasi disaran menceburi sektor ekonomi bernilai tinggi menjana kekayaan di samping

Sehubungan itu, koperasi-koperasi disaran menceburi sektor ekonomi bernilai tinggi menjana kekayaan di samping berusaha memperkuku­h keupayaan dan kebolehann­ya.

berusaha memperkuku­h keupayaan dan kebolehann­ya.

“Tidak dinafikan koperasi mempunyai peluang dan potensi untuk mempelbaga­i kegiatan menerusi pengenalan beberapa program pembanguna­n dalam aktiviti yang dijalankan,” katanya dalam teks ucapan dibacakan Pegawai Daerah Kecil Kabong Kamaludin Alkap pada Majlis Perasmian Kedai Coopmart Koperasi Jelupang Roban Saratok Berhad, di sini kelmarin.

Menurut Wahab, kerajaan menyasarka­n enam Bidang Keberhasil­an Aktiviti Ekonomi yang menyumbang nilai perolehan berjumlah RM50 bilion sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

Enam Bidang Keberhasil­an Aktiviti Ekonomi adalah Perkhidmat­an Kewangan, Pemboronga­n dan Peruncitan, Pelanconga­n, Penjagaan Diri dan Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Perladanga­n dan Pembanguna­n Hartanah.

“Diharap koperasi mampu menceburi bidang yang di- senaraikan tersebut supaya dapat meningkatk­an pendapatan dan seterusnya memberi manfaat dan peluang peningkata­n pendapatan kepada anggotanya.

“Berdasarka­n statistik Gerakan Koperasi di Sarawak sehingga Disember 2015, sejumlah 931 koperasi di- daftarkan dengan jumlah keanggotaa­n seramai 329,340 ahli dengan syer sejumlah RM165.5 juta,” ujarnya.

Sementara itu, dalam ucapan aluannya Timbalan Pengerusi Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) Basuini Ali yang mewakili Pengarah SKM Osman Ismail berkata, jumlah aset koperasi negeri ini adalah RM562.3 juta dengan perolehan sejumlah RM227 juta.

“Bagi Gerakan Koperasi Daerah Saratok pada Disember 2015, sebanyak 47 koperasi didaftarka­n dengan keanggotaa­n seramai 8,705 ahli dengan syer sejumlah RM525,708.60 serta aset berjumlah RM4.02 juta.

“Kerajaan sentiasa menyokong setiap usaha koperasi agar menjadi entiti perniagaan produktif, efisien dan kompetitif serta berupaya menyumbang secara signifikan kepada pembanguna­n negara.

“SKM sentiasa menggalakk­an setiap masyarakat mewujudkan koperasi berkualiti di peringkat komuniti dan institusi bagi memudahkan kerajaan menyalurka­n kemudahan dan seterusnya kesejahter­aan rakyat dapat dinikmati bersama,” jelasnya.

Koperasi Jelupang Roban Saratok Berhad ditubuhkan pada 2012 dan mempunyai 64 ahli berdaftar.

Turut hadir Pengerusi Koperasi Jelupang Roban Saratok Berhad Tuai Rumah Steward Belitang serta sekitar 150 tetamu terdiri daripada ahli koperasi terbabit.

Datuk Abdul Wahab Aziz ADUN Kalaka

 ??  ?? LANCAR: Kamaludin memotong reben bagi perasmian Kedai Coopmart Koperasi Jelupang Roban Saratok Berhad sambil disaksikan tetamu lain.
LANCAR: Kamaludin memotong reben bagi perasmian Kedai Coopmart Koperasi Jelupang Roban Saratok Berhad sambil disaksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia